Hukum menyembelih korban

Nabi bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim)Majoriti ulama berpendapat hukum sembelih korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta.

Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi yang berkemampuan.

Posted in Agama, Dakwah | Tinggalkan komen

Tempat paling mulia atas dunia

Masjidil Haram di Mekah
Masjidil Nabawi di Madinah
Masjidil Aqsa di Palestin

Dari Abu Hurairah ra. Nabi Muhammad saw. bersabda, “Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ke tiga buah masjid, Masjidil Haram di Mekkah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin.” (HR Bukhari)

Dari Abi Hurairah ra. Nabi Muhammad saw. bersabda, “Satu solat di masjid ku ini (masjid Nabawi) lebih baik dari seribu solat di tempat lain kecuali Masjidil-Haram”. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir bin Abdullah r.a. Rasulullah saw. bersabda, “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih afdal dari 1,000 solat di masjid lain kecuali masjidil Haram dan solat di masjid Haram lebih afdal dari 100,000 solat di masjid lain”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah).

Posted in Agama, Dunia Islam | Tinggalkan komen

Cara Sujud Syukur

Image

Assalamualaikum..

Saya nak tanya berkenaan cara-cara sebenar untuk sujud syukur.
Adakah kena angkat tangan takbir macam solat, kemudian diqiamkan tangan di dada dulu. Kemudian takbir lagi sekali untuk sujud. Kemudian duduk tahiyat akhir, bagi salam kiri dan kanan. Atau sujud ni macam yang dilakukan seperti pemain bola skuad kebangsaan Mesir tu. Terus shj sujud dan terus bangun. takde bagi salam pun…..

Jawapan:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah diluar solat.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama’mengatakan wudhu’ dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo’a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa.”

Posted in Agama, Dakwah | Tinggalkan komen

Adab-adab Membaca Al Fatihah

Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.

Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.

Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya.

Image

Teruskan membaca

Posted in Agama, Dakwah

Selalulah doa untuk keluarga

Image

Posted in Agama, Dakwah

Jom…Puasa Sunat

Image

Posted in Agama, Dakwah | Tinggalkan komen

Hadis : Kualiti Iman Seorang Muslim

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.” Baihaqi

Image

Huraian :
Pengajaran Hadis:

i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap
individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan
kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim
yang sebenar.

ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila
mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan
sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi
orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas
apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk
berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada
Allah.

iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala
senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada
Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,
jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya
mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya
akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

Posted in Agama, Dakwah, Keluarga | Tinggalkan komen