Dihukum Penjara 2 Minggu Hina Rasulullah S.A.W


Seorang rakyat Singapura, Andrew Kiong Khen Kiat, 44, telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu atas kesalahan menghina agama lain.

Andrew Kiong Khen Kiat ditahan oleh pasukan keselamatan Singapura apabila didapati menampalkan sebuah poster menghina Nabi Muhammad s.a.w pada cermin depan kereta milik sepasang suami isteri beragama Islam di kawasan letak kereta di sekitar apartment mereka.

Berdasarkan laporan akhbar The Strait Times, kejadian tersebut berlaku pada 2 Februari 2009 dan mahkamah telah membuat keputusan mengenai kesalahan itu pada 30 Julai lalu.

Kejadian itu bermula apabila Halinah Barudin dan suaminya Haji Mohamad Dahar Dollah melihat sebuah poster yang menghina Rasulullah diletakkan di cermin depan kereta mereka. Bagi mendapatkan kesahihan pelakunya, pemilik kereta tersebut memohon pihak pengurusan apartment mereka menyiasat melalui rakaman kamera tertutup. Dari paparan tersebut. Identiti Andrew Kiong dikenalpasti dan pasangan tersebutnya akhirnya membuat laporan polis.

Di hadapan polis, semasa disoalsiasat, Andrew Kiong telah membuat pengakuan bahawa beliau mempunuai 16 keping poster yang membawa mesej menghina Nabi Muhamad dan menampalkan sebanyak 8 keping poster di cermin depan 8 kereta kepunyaan pasangan Islam. Poster selebihnya kemudian dibuang.

Andrew tidak menjangkakan bahawa perbuatannya itu telah dirakam oleh lensa kamera tertutup yang dipasang di sekitar kawasan meletakkan kenderaan dan walaupun proses perbicaraan tersebut mengambil masa yang lama, akhirnya beliau akur dengan keputusan yang menghantarkannya ke penjara selama dua minggu.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

2 Responses to Dihukum Penjara 2 Minggu Hina Rasulullah S.A.W

  1. mayaziz says:

    saya amat berharap agar pihak AJK Surau Al-Mizan dapat mengemaskini Jadual Kuliah yg terbaru utk bulan 10 & 11 2010 didalam website surau kerana saya tidak tahu tarikh bilakah ada kuliah yang diadakan sepanjang bulan sekarang dan seterusnya.

    Harap dapat memberi perhatian dalam hak ini.

    TQ.
    penunggu setia surau

  2. Habib Ahmad says:

    AHAD INI : Lepas Subuh Di MAsjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Wacana Ilmu Bersama al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki :

    http://melayucyber.blogspot.com/2011/01/wacana-ilmu-bersama-al-fadhil-syeikh.html

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s