Pahala Puasa Tak Bayar Zakat


Soalan :

Adakah benar pahala orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah maka ia akan digantung (tidak diterima) oleh Allah swt?

Jawapan:

Memang terdapat sebuah hadis mengenai persoalan ini, iaitu: “(Ibadah) bulan Ramadan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat kepada Allah kecuali dengan zakat fitrah”. (riwayat Ibn Asakir).

Walau bagaimanapun, ulama hadis mempertikaikan kesahihan hadis ini, lantaran ada di antara perawinya yang tidak dikenali (majhul) dan ia juga bercanggah dengan mafhum hadis lain mengenai keutamaan beribadah khususnya di bulan Ramadan.

Sebenarnya setiap muslim wajib menyedari, ibadah yang wajib dan difardukan di sisi Islam, sama ada solat, puasa, zakat dan haji, masing-masing mempunyai tatacara penunaiannya yang tersendiri.

Apabila ia ditunaikan berpandukan syarat-syarat dan rukunnya, maka sahlah ibadat tersebut. Sama ada diterima atau tidak oleh Allah SWT, maka ia adalah hak Allah swt sendiri yang menentukannya.

Oleh itu, pandangan bahawa ‘pahala puasa tergantung’ hanyalah merupakan suatu penegasan agar kita benar-benar menghayati ibadah yang sepatutnya dipersembahkan kepada Allah dalam pakej yang sempurna.

Ibarat orang mahu meminang, maka mestilah lengkap segalanya baharulah beradab dan wajar diterima. Maka, apatah lagi ibadah puasa, wajib dijaga kesempurnaannya dengan diakhiri menunaikan zakat fitrah. Wallahu A’lam.

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s