Persiapan mental, fizikal rebut keberkatan Ramadan


Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my

RAMADAN yang bakal tiba hujung minggu ini mula dirasai dengan pusat agama termasuk masjid menganjurkan ceramah untuk menyedarkan ummah perlunya penghayatan rohaniah bagi mengisi bulan mulia itu dengan amal ibadat. Terbaru, Masjid Negara dengan kerjasama Dewan Pemuda Masjid menganjurkan Ceramah Perdana 15 Ogos lalu dengan mengundang pendakwah terkenal, Syaikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makkiy bagi membincangkan topik ‘Persiapan Mukmin Menyambut Ramadan’.

Program itu turut dihadiri wakil Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Azhar Tuarno serta Pengarah Eksekutif Dewan Pemuda masjid, Ustaz Taqiuddin Abdullah serta hampir 700 umat Islam dari Lembah Klang bertujuan memperingatkan umat Islam mengenai persiapan menghadapi tarbiyah rabbaniah sepanjang bulan ibadah ini.

Beliau menyentuh bagaimana pentingnya umat Islam menjadikan Ramadan titik tolak menjadi Muslim sejati dan taat mengerjakan perintah Allah SWT.

Untuk menjadikan bulan keberkatan lebih bermakna, segala hikmah daripada Ramadan harus dihayati sepenuhnya.

Walaupun syaitan yang sentiasa menghasut manusia membuat kejahatan dibelenggu sepanjang Ramadan, syaitan di kalangan manusia sentiasa berusaha memesongkan akidah umat. Dalam al-Quran tidak menyebut Muharam tetapi kita membuat sambutan meriah Maal Hijrah. Al-Quran juga tidak menyebut Rabiulawal, tetapi umat Islam menyambut Maulidur Rasul penuh kehebatan.

Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran Ramadan yang menunjukkan ia amat istimewa kepada umat Islam kerana malam dan siangnya menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadan bulan mulia yang sewajarnya ditunggu dengan penuh kegembiraan. Mulai sekarang kita perlu membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi Ramadan yang secara intensif melatih umat mendekati Allah dan membentuk akhlak mulia.

PROGRAM

Masjid Wilayah Persekutuan

  • Diskusi Pemantapan Ilmu Hadis Melalui Kitab Subulus Salam.
    Tarikh: 20 Ogos 2009
    Masa: 2.30 – 4.30 petang Penceramah: Prof Dr Habeeb Rahman Ibrasma (Pensyarah UIAM)
  • Diskusi Pemantapan Ilmu Fekah Melalui Kitab Kifayatul Akhyar
    Tarikh: 23 Ogos 2009
    Masa: 10 pagi – 12 tengah hari
    Penceramah: Nik Ismah Nik Abd Rahman. Untuk maklumat hubungi Azizah Mat Isa, talian 03-62018767Masjid Putrajaya
  • Kem Ibadat siri 3/2009
    Tarikh: Sabtu 7 November 2009
    Masa: Dua hari satu malam.
  •  Kem Tahfiz al-Quran Cuti Sekolah
    Tarikh: 1 – 31 Disember 2009 Terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan rendah
  • This entry was posted in Dakwah. Bookmark the permalink.

    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s