Dr Zaini Ujang diumum penerima termuda Anugerah Merdeka 2009


KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr Zaini Ujang menjadi penerima termuda Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik.

Ia diumumkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Tan Sri Mohd Hassan Marican, pada satu majlis di sini, hari ini.

Zaini adalah penerima sulung anugerah bagi kategori berkenaan selepas tidak ada individu menerimanya dalam edisi pertama Anugerah Merdeka yang lalu.

 

Mohd Hassan berkata, pemilihan Zaini dibuat berdasarkan kajian dan sumbangan beliau dalam pengurusan bekalan air, perparitan, pemuliharaan sungai dan ekologi bidang industri.

“Selain menjadi Naib Canselor termuda pada usia 44 tahun, Zaini turut terbabit secara langsung sebagai penasihat teknikal dalam rundingan tuntutan Selat Tebrau antara Malaysia-Singapura, perunding utama program pemulihan sungai di Johor Bahru dan Felo Institut Kejuruteraan Kimia, United Kingdom.

“Beliau sudah mendaftarkan 20 harta intelek yang dimiliki bersama dengan pelajarnya dan mengkomersialkan enam daripadanya yang kini digunakan di seluruh dunia.

Mohd Hassan turut mengumumkan Tun Dr Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Gan sebagai penerima bersama Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti sebagai menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan hak wanita di dalam negara, serta Profesor Dr Halimaton Hamdan menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi atas kejayaan beliau membangunkan dan mengkomersialkan Maerogel yang digunakan di seluruh dunia.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s