H1N1 ragut korban ketujuh


 
Aug 3, 09 11:17am
Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban ketujuh hari ini apabila seorang wanita meninggal dunia dua minggu selepas melahirkan anak sulungnya.Wanita berusia 24 tahun itu adalah dari Miri. Bagaimanapun, anaknya dilaporkan selamat.

Wanita tersebut meninggal dunia jam 4 pagi ini di Hospital Umum Miri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, ia merupakan kes kematian influenza A (H1N1) yang pertama di Sarawak.

Dr Chan yang juga pengerusi jawatankuasa bencana dan bertindak negeri berkata wanita terbabit disahkan positif H1N1 pada 17 Julai lalu, lapor Bernama.

“Wanita yang baru sahaja melahirkan anak pada 20 Julai lalu disahkan meninggal dunia jam 4 pagi ini bagaimanapun keadaan anaknya stabil,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dr Chan berkata, setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import dan orang ramai dinasihati agar lebih mengutamakan tahap kebersihan masing-masing.

Katanya setakat ini masih terdapat lima sekolah di Sarawak diarahkan tutup selain empat institut pengajian tinggi awam.
   
Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, 17 kes baru dilaporkan – semuanya merupakan jangkitan tempatan.

This entry was posted in Kesihatan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s