Cut-A-Thon pecah rekod potongan rambut terbanyak


Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

 

Maraton potong rambut Cut-A-Thon selama lapan jam untuk memecahkan rekod potongan rambut terbanyak dalam Malaysia Book of Records.

BERJAYA Time Square berjaya mencatat satu lagi sejarah, kali ini dalam Malaysia Book of Records atas kejayaan memotong dan mendandan rambut lebih 1,000 pengunjung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia dilaksanakan menerusi program amal Cut-A-Thon yang melibatkan seramai 28 penggaya Michael & Guys Hair Salon di Boulevard, Berjaya Times Square pada 24 Julai lalu.

Program berkenaan berjaya mencatatkan sebanyak 1,087 potongan dan dandanan rambut (oleh Michael & Guys Hair Salon) dalam tempoh lapan jam bermula 11 pagi sehingga tepat 7 malam pada 24 Julai lalu.

Kejayaan itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records untuk potongan rambut paling banyak dalam sehari, menewaskan rekod lama dengan 888 potongan.

Program amal Cut-A-Thon yang diadakan sempena Karnival Membeli-Belah Berjaya Times Square bermula 4 Julai sehingga 31 Ogos juga bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM).

Orang ramai yang menyertai Cut-A-Thon hanya perlu menyumbang RM10 kepada NCSM dan mendapat gaya rambut baru selain beg cenderahati bernilai RM150 serta baju-T edisi terhad Cut-A-Thon.

Bagaimanapun, orang ramai terpaksa beratur panjang disebabkan sambutan hangat dari segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, lelaki dan wanita, pelancong asing tidak ketinggalan warga emas.

Namun ruang menunggu sudah tersedia agar peserta tidak perlu berdiri terlalu lama. Sambil menunggu giliran masing-masing, para peserta diberi peluang menjamu mata atau menikmati tawaran menarik sepanjang Boulevard, seolah-olah suasana karnival jalanan.

Di samping itu, orang ramai turut berpeluang menyertai jualan lelong amal atau Silent Auction dan membida pakaian, beg tangan, kasut atau aksesori pilihan.

Hasil jualan lelongan amal itu turut disumbangkan kepada NCSM.

Pada masa yang sama, pusat seni mempertahankan diri Aikido Yoshinkan Shudokan turut mengadakan demonstrasi aikido selain Duta Yoga Adidas Malaysia, Ninie Ahmad juga persembahan bertenaga seperti ‘capoeira, kick-boxing, stomper dan buskers’ sepanjang program tiga hari itu.

Para pengunjung turut diberikan kopi ais Starbucks percuma selain coklat Kit Kat dan wafer Milo.

This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s