Kanak-kanak 11 tahun mangsa keenam H1N1


 
Aug 2, 09 1:56pm
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa keenam penyakit Influenza A (H1N1).Kanak-kanak dari Johor Bahru itu meninggalkan akibat komplikasi hari ini.

Sementara itu, 39 lagi kes baru dicatatkan, kesemuanya jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Ismail Merican berkata kanak-kanak  tersebut di dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai dengan symptom demam selama sehari.

Menurutnya, tiada simptom batuk dan lain-lain tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 30 Julai.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009.

“Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pada 2 Ogos semasa dalam rawatan di ICU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
2 Ogos 2009
 
Mengenai situasa terkini, Ismail berkata, hari ini, sejumlah 39 kes baru, kesemuanya kes tempatan dan membabitkan warga negara Malaysia.

Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini, 35 merupakan kejadian dari lapan kluster baru dan empat kes terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga hari ini ialah 1,429 kes dengan enam kematian. Daripada jumlah tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan.

Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1 peratus sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan lapan daripadanya berada di ICU. Sepuluh orang atau 1 peratus sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Menurut Ismail lagi, terdapat lapan kes di ICU di mana lima daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(2) dan imuniti rendah(2).

Kelmarin, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak, menjadi mangsa kelima meninggal dunia akibat jangkitan virus influenza A(H1N1) di negara ini.

This entry was posted in Kesihatan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s