Malaysia akan gerakkan jawatankuasa pandemik influenza antara kementerian


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menggerakkan jawatankuasa pandemik influenza antara kementerian yang menyelaras segala usaha bagi membanteras rebakan H1N1 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan perisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) malam ini, yang menunjukkan bahawa H1N1 kini menjadi pandemik global berikutan mesyuarat tergempar di ibu pejabat badan kesihatan dunia itu di Geneva malam ini.

“Berikutan keputusan oleh WHO yang menaikkan tahap berjagajaga dari fasa 5 ke 6, kerajaan perlu meningkatkan tahap kesiagaan. Kita akan membentuk jawatankuasa pandemik Influenza antara kementerian yang akan saya pengerusikan,” katanya di sini semalam.

Menurut laman web WHO, ini kali pertama badan itu mengisytiharkan pandemik influenza global dalam tempoh 40 tahun ini. Pandemic influenza terakhir ialah pada 1968-69 selepas merebaknya virus H3N2, yang bermula di Hong Kong, dan membunuh sekurang-kurangnya sejuta orang seantero dunia. Selesema biasa membunuh kira-kira 250,000 hingga 500,000 orang setahun. BERNAMA

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s