Isteri jurulatih Rexy cedera diseret peragut


 
May 23, 09 5:35pm
Isteri ketua jurulatih pasukan beregu badminton negara Rexy Mainaky cedera di tangan kiri setelah terseret dalam kejadian ragut oleh dua lelaki di sini malam tadi.Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku ketika Rexy dan isterinya Henny dalam perjalanan ke kereta selepas keluar dari sebuah restoran di Ampang City.

Mereka tiba-tiba didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motosikal lalu meragut beg tangan Henny sehingga berlaku pergelutan menyebabkan isterinya itu terseret dan mengalami kecederaan di tangan kiri, lapor Bernama hari ini.

Rexy kemudiannya mengejar suspek dan berjaya melanggar motosikal yang dinaiki suspek menyebabkan pemboncengnya jatuh dan orang awam yang melihat kejadian itu terus menahannya.

Manakala seorang lagi melarikan diri, Ahmad dilpetik berkata.

Beliau berkata siasatan polis mendapati suspek itu mempunyai enam rekod jenayah berkaitan kes cabul, dadah dan Akta Kediaman Terhad.

“Suspek berusia 33 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, polis sedang memburu seorang lagi suspek berusia 40 tahun yang telah dikenal pasti.

Henny yang mengalami cedera ringan kini dirawat di Pusat Perubatan
Gleneagles Ampang.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s