Isteri bunuh suami dihukum gantung


KUALA LUMPUR 14 Mei – Seorang suri rumah dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh suaminya dengan cara mencekik mangsa sejurus menikmati lauk kari yang dibubuh ubat tidur ketika berbuka puasa, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Shamim Bano Mohammed Faroque, 41, dan sepupunya, Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, Shamim Bano dan Javeed Akhtar didakwa membunuh Reyaz Ahamed Maruf, 39, pengarah urusan sebuah syarikat kitar semula plastik.

 

Mereka dididapati melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam, 7 November 2004 dan 3 pagi, 8 November 2004 di rumah No. 20 Jalan 4/12G, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor dekat sini.

 Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

 Pada 21 November 2008, mahkamah memerintahkan Shamim Bano dan Javeed membela diri atas pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Sepanjang perbicaraan pendakwaan mengemukakan 16 saksi untuk memberi keterangan. Javeed seorang warga India yang bekerja sebagai operator mesin dan Shamim Bano, seorang suri rumah membela diri tanpa mengemukakan keterangan sokongan.

Mayat Reyaz ditemui dalam lubang sedalam empat meter di belakang rumahnya. – Utusan

Advertisements
This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s