Mengandung 7 bulan dirogol bapa, rakan


JOHOR BAHRU 26 April – Haruan makan anak. Itulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan tindakan seorang bapa yang tergamak merogol anaknya yang berusia 15 tahun sehingga mengandung tujuh bulan.

Lebih menyedihkan, perbuatan terkutuk pemandu lori berusia 45 tahun itu turut dilakukan bersama rakannya, seorang tukang paip berusia 52 tahun sejak tiga tahun lalu.

Mangsa yang masih bersekolah turut mendakwa sekali lagi dirogol bapanya awal bulan lalu meskipun sedang sarat mengandung.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini kelmarin.

Berikutan laporan tersebut, kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Kempas, di sini bagi membantu siasatan.

Difahamkan, ibu mangsa yang merupakan suri rumah langsung tidak mengetahui perbuatan keji suami dan rakannya itu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya mangsa telah dirogol sejak berusia 12 tahun sehingga kini.

“Mangsa mendakwa dirogol bapanya di rumah mereka di Taman Sinaran, Kempas, manakala dirogol rakan bapanya di lokasi berlainan.

“Mangsa juga mendakwa kali terakhir dirogol bapanya pada awal bulan ini,” katanya.

Ruslan berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan, manakala mangsa kini dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam satu lagi kes berasingan, beliau memberitahu, lima warga Indonesia termasuk dua wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes rompakan kenderaan di bandar raya ini.

This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s