Awas bila berumur 30 tahun – Berisiko dapat penyakit berbahaya jika tidak amal hidup sihat


 

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan FATIHAH MOHAMED
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.

ne_08-1

Pakar diet dan nutrisi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, beliau dan beberapa penyelidik lain pernah menjalankan kajian yang sama di beberapa gugusan Felda di Pahang sebelum ini membabitkan 1,000 responden berumur antara 35 dan 55 tahun.

“Kesemua responden yang diambil merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian.

“Ini amat mengejutkan, memandangkan kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang dan sebagainya,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad bahawa tinjauan yang dilakukan kementerian mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambah Fatimah, sebagai langkah awal adalah disarankan mereka yang berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan risiko terhadapnya dapat dikurangkan.

This entry was posted in Kesihatan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s