Wang pendeposit Tabung Haji terjamin,kata Zahid



Kerajaan memberi jaminan wang pendeposit Tabung Haji yang didakwa diselewengkan akan dibayar semula sepenuhnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya pendeposit tidak akan mengalami kerugian walau sesen pun kerana Lembaga Tabung Haji adalah sebuah perbadanan yang diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu laporan akhbar mengenai dua kakitangan Tabung Haji cawangan Sandakan yang digantung kerja kerana disyaki terbabit mengeluarkan wang pendeposit RM300,000 secara tidak sah pada musim haji lepas.

 

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa tindakan yang setimpal akan dikenakan kepada kakitangan Tabung Haji itu jika siasatan mendapati mereka bersalah.

“Siasatan akan dijalankan secepat mungkin dan jika terdapat bukti kukuh, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita di Bangi,Isnin.

Beliau berharap orang ramai terutamanya pendeposit tidak seharusnya merasa bimbang atau ragu-ragu kerana perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi dan kerajaan menjamin semua simpanan pendeposit adalah selamat.

Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid berkata Perbadanan Wakaf Nasional akan ditubuhkan di bawah Yayasan Wakaf Malaysia bagi menyelaras urusan pembangunan tanah-tanah wakaf di seluruh negara.

“Sehingga kini terdapat RM1.9 billion nilai tanah wakaf yang tidak dimajukan iaitu tanah wakaf am 2,700 hektar, dan tanah wakaf khusus 3,500 hektar,” katanya.

Antara usaha yang akan dibuat untuk memajukan tanah wakaf ialah membangunkan Akademi Pengajian Wakaf, Zakat dan Mal (Azam) yang dikawal selia di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar).

“Azam akan menumpukan kepada kajian, penyelidikan dan kakitangan berkaitan bidang wakaf, zakat dan mal serta menyediakan pembelajaran Diploma lanjutan dalam bidang berkaitan,” katanya.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Baitulmal dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Janwar dengan Universiti Malaya dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd.- 19/1/2009

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: