Interaksi ibu bapa dengan anak


 

Kosmo : ANAK-ANAK adalah penghubung kasih dalam kehidupan suami isteri. Seseorang yang mendirikan rumah tangga jika belum mempunyai anak tidak dapat merasai harga kasih sayang yang perlu dicurahkan. Curahan kasih sayang kepada anak merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa. Interaksi dengan anak sebenarnya bermula sejak awal lagi.

Interaksi ibu bapa bersama anak jika terhalang menyebabkan hubungan terjejas. Masalah bertambah kusut apabila anak-anak tidak dapat berinteraksi dengan ibu sebaik mungkin. Seorang ibu bapa yang baik seharusnya menjadi seorang pendengar yang baik. Pinjamkan telinga kepada anak untuk mereka luahkan apa tersirat dalam hati. Memotong cakap anak dan tidak mendengar isi hati anak sehingga habis dengan terus membuat keputusan adalah cara yang salah.

Ibu bapa perlu berfikiran terbuka dan sentiasa mendorong anak agar menyampaikan hasrat dan pendapat secara berterusan. Sikap selalu menyalahkan anak dengan kritikan menyebabkan anak merasakan kata-katanya tidak dihargai. Ibu bapa tidak seharusnya melabelkan anak dengan kata-kata buruk seperti anak tak guna, anak celaka, degil, keras kepala. Jika kata begini diungkapkan maka perasaan anak akan terganggu dan menyebabkan anak menyisihkan diri daripada ibu bapa.

Sebagai ibu bapa pernahkah kita tanya diri kita apakah kita telah meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak? Dalam kehidupan kita, masa ibarat emas. Oleh itu, gunakan masa yang berharga ini untuk berinteraksi dengan anak. Apakah kita rasakan bahawa tanggungjawab kita selesai apabila menyediakan segala keperluan untuk anak dengan kemewahan dan wang ringgit? Anak-anak dalam saat menikmati kejayaan seperti mendapat keputusan UPSR dengan cemerlang tentu mengharapkan penghargaan daripada ibu bapa mereka. Namun bayangkan kalau ibu bapa tiada di sisi mereka. Sebaliknya, jika anak kurang berjaya pula apa reaksi mereka jika ibu bapa langsung tidak mengambil peduli tentang kekecewaan mereka.

Dalam berinteraksi kita perlu ada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Jika ibu bapa bercakap kasar, maki hamun, mencaci dan mengherdik, maka lama-kelamaan anak akan terikut juga. Kadangkala ibu bapa menganggap bila anak berdiam diri mereka akan dengar sepenuhnya apa yang disampaikan oleh ibu bapa. Allah SWT berfirman: ‘…dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai)’ – Surah Luqman:19.

Namun, kadangkala mungkin diam anak-anak menyimpan pelbagai perasaan marah dan rasa tidak puas hati. Oleh yang demikian, ibu seharusnya sentiasa menjadi pendengar yang baik dan aktif, memberi perhatian ketika berinteraksi, sentiasa bertanya, sentiasa memberi pandangan dengan ikhlas dan menggunakan nada yang sesuai. Renungkan Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Hai orang-orang yang beriman, bertakwa lah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar’ – Surah al-Ahzab: 70.

Dalam berinteraksi kita perlu tanam rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Kalau ibu bapa mengharapkan anak menghormatinya begitulah sebaliknya. Jika anak memberi pandangan jangan perkecilkan. ‘Ah, kau kecil lagi, apa kau tahu, bapa dah lama makan garam, kau tu tak tahu apa-apa’. Dengan cara ini anak akan rasa mereka tidak dihargai dan tidak akan wujud rasa harmoni dalam kehidupan keluarga.

Dalam apa jua keadaan ibu bapa perlu memberi peluang dan melatih anak-anak untuk membuat keputusan. Kadangkala ibu bapa akan memberi kata putus atau menutup peluang anak untuk memberi pandangan dan pendapat. Carilah keputusan yang terbaik dan dorong anak untuk terima dengan penuh rela. Firman Allah yang bermaksud: ‘…dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka…’ – Surah Shura:38.

Dalam kehidupan keluarga, ibu bapa dan anak harus berinteraksi dari semasa ke semasa. Ada ibu bapa terlalu serius, garang atau bengis dengan anak-anak sehingga anak-anak tidak boleh langsung berinteraksi. Kita perlu fikirkan adalah lebih baik kita wujudkan suasana kemesraan dalam keluarga daripada mewujudkan suasana konflik setiap masa. Interaksi yang baik sesama anggota keluarga adalah kunci kepada keharmonian hidup dalam sebuah keluarga bahagia.

This entry was posted in Keluarga. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s