Ustaz Asri, Siti Nurhaliza bakal berduet


 

 

kumpulan Rabbani

JIKA tiada sebarang aral yang melintang, kumpulan nasyid kontemporari, Rabbani akan berganding suara dengan penyanyi pop tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dalam waktu terdekat ini.

Idea menarik ini sedang diusahakan oleh kumpulan nasyid untuk memastikan ia dapat direalisasikan dan sekali gus mencatat rekod peribadi buat kumpulan yang dianggotai 11 ahli itu.

Itu merupakan perancangan Rabbani untuk menjayakan konsert terbesar mereka sempena sambutan Maulidur Rasul.

Konsert yang dinamakan sebagai Malam Sinar Maulidur Rasul 2 itu bakal diadakan pada 28 Februari ini di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Menurut salah seorang anggota kumpulan itu, Azadan, konsert terbesar itu akan menyaksikan konsep dan pendekatan hiburan yang lebih bermaklumat.

“Konsep untuk konsert kali ini lebih kepada penghayatan. Kita merancang untuk menyanyikan lagu-lagu yang ada kena mengena dengan konsep sambutan Maulidur Rasul sendiri termasuk sebuah lagu lama yang akan dirakamkan semula.

“Kalau tiada aral ustaz Asri akan berduet sebuah lagu dengan Datuk Siti Nurhaliza. Insya-Allah, mungkin ada juga duet bersama beberapa artis undangan lain,” katanya.

Menurut Azadan para peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut hanya perlu membeli kad prabayar iTalk TM bernilai RM10, RM30 dan RM50 yang mengandungi pas masuk menyaksikan konsert tersebut.

Selain Siti Nurhaliza, konsert tajaan Telekom Malaysia Bhd. (TM), itu turut dimeriahkan lagi oleh artis undangan ternama antaranya ialah Amy Search, Mawi dan Akhil Hayy.

Dua tahun lalu, pada konsert yang sama, ia mendapat sambutan hangat daripada para peminat dengan kehadiran hampir 10,000 penonton.

Rabbani duta modal insan

Sementara itu, Rabbani yang turut aktif dalam program-program motivasi di peringkat sekolah malah, di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) semakin memperluaskan pengaruh mereka.

Lapan tahun berpengalaman luas dalam mengendalikan program mahupun seminar motivasi, Rabbani kini dilihat sebagai sebuah kumpulan yang boleh dikatakan sudah begitu akrab di jiwa para pelajar.

Tidak kira dalam menyampaikan mesej melalui lagu-lagu nyanyian mahupun program ilmiah yang disampaikan menerusi program-program motivasi.

Baru-baru ini, kumpulan nasyid tersebut telah dilantik sebagai duta Modal Insan yang akan memberikan pelbagai pengajaran dan motivasi kepada para pelajar dalam kem Bersama Rabbani.

Menyahut cabaran Counsellor Worldwide (M)Sdn. Bhd. (Worldwide), kata Azadan, usaha itu bukan sahaja dapat menarik minat di kalangan para pelajar sekolah dan Institusi pengajian tinggi malah turut menyakinkan para ibu bapa dalam menggalakkan penyertaan anak-anak mereka.

Menurut Azadan, pengalaman lalu ketika mengendalikan pelbagai program motivasi telah banyak membantu dan mempengaruhi keputusan penerimaan kumpulan itu sebagai duta yang nyata punya tanggungjawab dan tugas berat.

“Sejak tahun 2001 lagi kami sudah mula melibatkan diri dalam program-program motivasi yang diadakan di sekolah-sekolah dan juga institusi pengajian tinggi.

“Bukan sahaja Rabbani malah, Ustaz Asri sendiri sebelum ini pernah bergerak secara solo dalam pelbagai program motivasi.

“Ustaz Asri memang ada kekuatan sendiri, apabila dia bersuara sahaja boleh dikatakan kesemua pelajar akan ikut cakap dia.

“Jadi, kami rasa untuk menyahut cabaran sebagai duta Modal Insan, kami memang tiada masalah dari segi penyampaian kerana kami sudah ada pengalaman,” katanya.

Memulakan perbincangan sejak awal Ramadan tahun lalu, menurut Azadan, pelbagai idea turut diberikan oleh Rabbani dalam memastikan kertas kerja yang dihasilkan oleh Worldwide dapat dijayakan sebaik mungkin.

“Menerapkan konsep berhibur sambil berdakwah, kami keluarkan sendiri idea-idea yang dapat memberikan input dalam menarik minat golongan remaja yang suatu masa nanti bakal menjadi tonggak kepimpinan negara.

“Apa yang kami harapkan ialah kerjasama ini berpanjangan dan dapat diteruskan sampai bila-bila,” katanya.

Antara kandungan yang diselitkan menerusi aktiviti kem Bersama Rabbani termasuklah motivasi, gotong-royong, khidmat masyarakat, senaman, bengkel seni, qiamullail, tazkirah dan cinta alam sekitar.

Aktiviti-aktiviti lain termasuklah kursus cerah minda dan celik hati, kem jati diri, kem integrasi, kem kemantapan sahsiah diri, kem mencari cinta, kem prihatin, kem permata hati ayah dan bonda, kem ibadah, kem solat dan kem hafazan.

Bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh Rabbani, kata Azadan lagi, selain cuba memberikan pengisian ilmiah, kehadiran Rabbani juga adalah untuk menceriakan lagi suasana sepanjang berlangsungnya program tersebut.

Selain Rabbani, terdapat beberapa orang moderator daripada Worldwide yang turut sama turun padang dalam memastikan lagi keberkesanan program terutamanya untuk aktiviti luar.

This entry was posted in Dakwah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s