Tuanku Muhriz menamatkan spekulasi


muhriz

ramai rakyat Malaysia terutama warga Negeri Sembilan pasti ‘terkejut’ kerana yang dilantik menggantikan almarhum Tuanku Ja’afar adalah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bukannya anakanda almarhum, Tunku Naquiyuddin seperti yang dijangka sebelum ini

namun inilah keunikan Negri Sembilan, kuasa perlatikan adalah di tangan empat orang Undang iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Dalam adat Negri Sembilan, Undang ini dilantik oleh Lembaga, Lembaga dilantik oleh Buapak manakala Buapak dilantik oleh rakyat jelata

Sebenarnya kalau diikutkan, jawatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan memang sepatutnya milik Tunku Muhriz sejak dulu lagi iaitu selepas bapanya Tuanku Munawir  yang ketika itu memegang jawatan berkenaan mangkat

Tetapi disebabkan baginda dianggap tidak layak ketika itu untuk menjawat jawatan tersebut kerana masih muda iaitu kira-kira 18 tahun, maka Tuanku Ja’afar iaitu bapa saudaranya yang dilantik untuk menjadi Yang Dipertuan Besar.

Kini selepas empat dekad, takhta itu kembali semula kepada Tuanku Muhriz

Aku percaya, selepas ini rakyat akan terus bercakap dan ‘berspekulasi’ mengenai perlantikan ini

Tetapi aku juga percaya yang perlantikan ini sudah tentu dibuat dengan penuh semangat permuafakatan demi memastikan kesinambungan adat dan resam yang dijunjung sejak zaman berzaman itu 

Bagi aku siapa yang layak nombor dua, yang utama baginda hendaklah memastikan Negeri Sembilan terus makmur dan agama Islam terus didaulatkan, apatah lagi baginda merupakan ketua agama Islam di negeri tersebut

ingatlah, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s