Kenali Wartawan Iraq Yang baling kasut pada Bush


zaidiAS pernah culik Muntadar

BAGHDAD 16 Dis. – Wartawan Iraq yang membaling sepasang kasut ke arah Presiden George W. Bush semalam pernah diculik oleh anggota militan dan ditahan tentera Amerika Syarikat (AS), sebelum ini.

Wartawan tersebut, Muntadar Al-Zeidi yang masih bujang merupakan graduan Universiti Baghdad dan memegang ijazah dalam bidang komunikasi.

Beliau berfahaman Syiah.

Muntadar, 28, bertugas di stesen televisyen Al-Baghdadia sejak September 2005.

Beliau diculik oleh anggota militan tahun lepas ketika bertugas di utara Baghdad, bagaimanapun dibebaskan tanpa diberi sebarang pampasan tiga hari kemudian, selepas stesen televisyen menyiarkan satu rayuan supaya dia dibebaskan.

Ketika ditemui selepas pembebasannya, Muntadar, bagaimanapun menyatakan bahawa dia tidak tahu siapa yang menculiknya dan mengapa dia diculik.

Namun keluarganya mengesyaki beliau diculik oleh kumpulan Al-Qaeda.

Muntadar kemudiannya ditahan oleh tentera AS pada Januari lalu selepas menggeledah kediamannya.

Beliau dibebaskan keesokan harinya.

“Dua pengalaman ini yang telah mengakibatkan Muntadar berdendam dengan kehadiran tentera AS di negara ini.

“Dia sangat membenci tindakan AS menceroboh Iraq,” kata abangnya Dhirgham.

Bagaimanapun tindakan Muntadar itu mendapat sokongan daripada keluarga dan sebahagian besar penduduk negara ini.- AP

This entry was posted in Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s