Amy Nikahkan Sendiri Nabila, Zaidy


NABILA / ZAIDY  http://www.murai.com.my

Teks & foto oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 2 DIS 2008: Dengan hanya sekali lafaz, Zaidy Zailani, 27, sah menjadi suami kepada pelakon popular, Nabila Huda Suhaimi, 24. Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah Nabila, Suhaimi A Rahman atau Amy Search. Sebaik saja lafaz akad nikah itu disahkan, Zaidy dan Nabila terus sebak lalu menitiskan air mata.

Zaidy ternyata begitu terharu. Dia tidak percaya dinikahkan sendiri oleh Amy yang selama ini seorang ikon yang begitu dihormatinya.

“Tanggungjawab saya sekarang semakin besar. Saya berjanji akan buat sebaik mungkin buat isteri saya, Nabila,” ujar Zaidy.

Menambah cerita bagaimana dia mula-mula berjumpa dengan Amy, Zaidy berkata:

“Saya kenal Nabila waktu dia remaja lagi iaitu ketika usianya 18 tahun. Masa tu saya tak tahu pun dia anak kepada penyanyi Amy Search. Selepas mendapat tahu, saya terus jadi takut nak berkawan dengannya.

“Sebenarnya saya takut dengan Amy. Kali pertama jumpa Amy, saya diam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa. Masa tu dia ada bagi syarat kepada saya untuk berkawan dengan Nabila,” kata Zaidy.

Seterusnya, Zaidy berkata dia mula melamar Nabila ketika Nabila sedang mengerjakan umrah. Nabila pun terus beritahu tentang lamaran saya kepada ibunya di Makkah. Waktu sambutan hari lahir Papa (panggilan untuk Amy), barulah semua orang tahu kami serius dan mahu berkahwin,” jelas Zaidy.

Menyokong pendapat suaminya, Nabila yang manis memakai busana dari Puri Pesona pula bercerita.

“Syukurlah dan saya gembira semuanya sudah selesai. Hubungan kami selama bertahun-tahun ini akhirnya membawa kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Saya juga akan cuba menjadi isteri yang bagus dan akan mengimbangkan jadual kerja saya dan rumah tangga.

“Sebenarnya saya tak rancang untuk kahwin pada usia muda. Tapi Zaidy memang cinta pertama saya. Dia boleh buat saya gelak dan banyak kenangan bersamanya. Selain itu, dia banyak bagi nasihat kepada saya,” kata Nabila.

Bagaimanapun, Nabila dan Zaidy yang sibuk dengan kerjaya masing-masing masih belum merancang untuk berbulan madu. Malah, Nabila menyerahkan perancangan bulan madu ke tangan ibu dan ayahnya.

“Kami belum rancang lagi destinasi untuk bulan madu. Tapi, Nabila kalau nak bercuti, suka bawa satu famili. Nabila akan bincang dulu dengan Papa. Mungkin tahun depan baru kami pergi. Tahun ini pun kami memang sibuk sangat. Cuti saya dengan Zaidy berbeza tarikhnya.

Bagaimana pula tentang anak?

“Anak? Saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bila-bila masa saja. Kalau boleh saya nak ramai baby – nak banyakkan lagi keturunan kami,” jelas Nabila dengan penuh girang.

Apa pun, majlis pernikahan yang berlansung di Masjid Wilayah Persekutuan ini dipenuhi sanak-saudara dari kedua-dua belah pihak selain rakan artis seperti Hattan dan Kat Mentor. Selain itu, ibu kandung Nabila, Farida Fadzil, turut hadir bersama menyaksikan pernikahan anaknya itu.

Nabila menerima wang hantaran sebanyak RM22,222.22 dan mas kahwin RM80. Pihak pengantin lelaki pula menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 9 dari pengantin perempuan.

Hantaran lelaki adalah senaskah Al-Quran, telekung, minyak wangi & kosmetik, kasut, sepasang persalinan, barang penjagaan tubuh, kek dari Blooming Cake House.

Pihak perempuan pula menyerahkan kasut & tali pinggang, kemeja & tali leher, minyak wangi & barang penjagaan badan, Baju Melayu, songket, Al-Quran, sejadah, coklat dan kek dari Blooming Cake House.

This entry was posted in Keluarga. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s