Dua ibu tunggal melacur sara anak


Oleh Jalal Ali Abdul Rahim (bhnews@bharian. com.my)

JKSM dedah kegagalan suami punca kes

GOMBAK: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mendedahkan dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri bagi menyara anak mereka akibat kesempitan hidup selepas diceraikan kerana bekas suami gagal memberikan nafkah walaupun selepas diperintahkan mahkamah.

Lebih menyedihkan, mereka sanggup menerima bayaran ansuran termasuk daripada rakan sekerja yang melanggan mereka kerana pendapatan sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci tidak cukup untuk menyara anak mereka sejak menjadi ibu tunggal kira-kira tiga tahun lalu.

Ketua Pengarah JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan diri secara sambilan selepas dua bulan diceraikan suami tiga tahun lalu.

“Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran untuk menyara anak kerana pendapatannya sebagai pengawal keselamatan terlalu kecil.

“Seorang lagi ibu tunggal bekerja sebagai tukang cuci pula mengambil jalan sama menyara beberapa anaknya,” katanya selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

Ibrahim yang juga Ketua Hakim Syarie, berkata Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM sedang mendapatkan maklumat lanjut kedua-dua wanita itu serta menyiasat bekas suami mereka.

Katanya, wanita berkenaan serta ibu tunggal lain yang tidak mendapat nafkah seperti diperintahkan mahkamah kerana suami atau bekas suami benar-benar miskin, akan dibantu jika Kabinet meluluskan dana RM15 juta bagi tujuan itu.

“Setakat ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memberikan RM500,000 bagi tujuan ini. Jika Kabinet meluluskan dana ramai ibu tunggal boleh dibantu,” katanya.

This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s