PLUS tawar diskaun mulai 1 Januari


 
Wong Teck Chi | Nov 18, 08 12:09pm
Semua kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.plus highway 181108Pelancaran program insentif perjalanan PLUS itu bertujuan untuk memberi insentif kepada orang ramai menggunakan lebuhraya di luar waktu puncak.

Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua tahun – dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.

Bagi musim perayaan PLUS menawarkan 10 peratus bagi kenderaan ringan yang menggunakan lebuhraya PLUS antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.

Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan dalam mana-mana enam hari di antara 7 hari sebelum dan 7 hari selepas satu-satu musim perayaan.

Tawaran ini juga akan berkuatkuasa dari 1 Januari depan sehingga 31 Disember 2010. 

Manakala pengguna lebuhraya PLUS dan ELITE, yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minima sebanyak RM200 setiap bulan, pula bakal menikmati rebet sebanyak 5 peratus sebulan.

Sebagai insentif 

Rebet ini ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar dengan Program Loyalti PLUS (Plusmiles) yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Tawaran ini akan bermula pada 1 Januari ini bagi pengguna kad Touch N’ Go dan Smart Tag.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Noorizah Abdul Hamid, pelancaran program insentif perjalanan PLUS itu bertujuan memberi insentif kepada orang ramai menggunakan lebuhraya di luar waktu puncak.

Menurutnya, melalui insentif pertama, pemandu yang menggunakan lebuhraya utara selatan dari plazo tol Jalan Duta ke plaza tol Ipoh Selatan, hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80 berbanding RM26.50 yang dikenakan sekarang.

Melalui insentif kedua pula, pengguna yang memandu pada luar waktu puncak pada musim perayaan, akan menikmati diskaun tol terkumpul hampir 20 peratus jika mereka menggunakan lebuhraya PLUS dan ELITE antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi.

Sebagainya perjalanan sehala dari plaza tol Jalan Duta ke plaza tol Ipoh Selatan hanya perlu membayar kira-kira RM21.40 berbanding RM26.50 sekarang.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s