Obama buktikan warna kulit tidak mampu menghalang kejayaannya


Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika semalam telah mencipta suatu rekod baru dimana rakyat Amerika akhirnya membuat kejutan untuk menerima Senator berketurunan Afrika-Amerika ini sebagai pemimpin nombor satu negara mereka. Sejak Amerika ditubuhkan secara rasminya dengan pengabungan 13 buah negeri diperingkat awal pada tahun 1781 inilah kali pertama mereka yang bukan berkulit putih diangkat menjadi presiden.

 

Keturunan kaum kulit hitam yang pertama dibawa dari Afrika sebagai hamba abdi adalah pada tahun 1619 di Jamestown, Virginia. Pada awal kedatangan mereka hanya menjadi hamba yang tidak dibayar gaji melainkan sekadar diberi makan minum, kediaman dan pakaian sahaja. Zaman perhambaan ini akhirnya tamat pada awal tahun 1770-an dimana mereka turut terlibat membantu kaum kulit putih Amerika menentang kolonialis British.

Walaubagaimana pun, selepas kejayaan menghalau British dan Amerika mencapai kemerdekaannya kaum Kulit Hitam masih dilayan sebagai ’second class citizen’ dan ini menyebabkan mereka terpaksa berdikari dengan menubuhkan institusi pendidikan, perbankan, rumah ibadat dan kawasan penempatan tersendiri. Dari keadaan itulah munculnya beberapa konglomerat, golongan profesional, artis dan pemimpin politik seperti Obama yang akhir merealisasikan impian moyang mereka untuk hidup dengan penuh kejayaan.

Selain Obama nama-nama besar lain seperti Frederick Douglass, Beyoncé, Henry Johnson, Condoleezza Rice, M. L. King, Jr., Colin Powell, Malcolm X, W. E. B. Du Bois, Morgan Freeman, Miles Davis, Ronald McNair dan ramai lagi mewarnai peta populasi Amerika yang kini dihuni oleh lebih 37 juta kaum kulit hitam.

Sejarah kaum ini membuktikan bahawa usaha dan keazaman yang tinggi dibekalkan dengan keberanian mampu mengubah nasib mereka untuk duduk setaraf dengan bangsa lain.

Kini kaum ini bakal mendominasi politik dunia dengan hadirnya Obama yang dijangka membuka lebih banyak ruang kepada perhubungan antara kaum.

Harapan tinggi dilontarkan pada Obama, namun mampukah beliau menafikan suara-suara dan arahan politik ahli perniagaan Yahudi Amerika yang menjana dana buat kempennya. Adakah cukup sekadar meraih populariti beliau mampu untuk mengubah persepsi dunia terhadap Amerika yang dianggap sebagai musuh nombor satu umat Islam……bersamalah kita melihatnya……….sementara itu, ambilah teladan yang baik atas usaha dan perjuangan Obama dan kaum kulit hitam lainnya untuk terus berjaya dalam impian mereka.

This entry was posted in Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s