Minyak -> RM1.92 harga terbaik petrol- Pakar ekonomi


Dari Kelatekito

Pakar- pakar ekonomi berpendapat harga petrol sebaik- baiknya diturunkan ke harga asalnya iaitu RM1.92 seliter bagi merangsangkan ekonomi negara lebih- lebih lagi ketika harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, jangkaan harga petrol mungkin diturunkan sebanyak 15 sen seliter pada akhir bulan ini adalah terlalu sedikit.

Sepatutnya kata beliau, harga petrol boleh diturunkan lagi dan kerajaan mengekalkan harganya pada kadar harga yang lebih munasabah iaitu harga asal, RM1.92 seliter.

”Ini penting untuk merangsangkan ekonomi berbanding harganya diapungkan mengikut harga minyak mentah dunia sekarang sehingga menghilangkan keyakinan pelabur. ”Ini dilakukan dengan kerajaan menampan sebarang perubahan mendadak harga minyak mentah dunia,” katanya.

Semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad menjangkakan harga petrol dapat diturunkan lagi sebanyak 15 sen seliter sahaja pada hujung bulan ini ekoran perkembangan terkini harga minyak dunia yang jatuh merudum di pasaran global.

Mohd. Fauzi berkata, ketika harga minyak di pasaran dunia adalah rendah, kerajaan boleh menyimpan subsidi minyak yang dijimatkan itu.

Subsidi yang dijimatkan itu jelas beliau, boleh digunakan untuk menampan kesan kenaikan harga minyak mentah dunia kemudian hari.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah turut menyifatkan harga petrol boleh dikembalikan pada harga asalnya sebelum ini.

”Mengikut trend merudum harga minyak mentah dunia sekarang, kita boleh balik ke harga asal pada RM1.92 seliter.

”Saya sedar kerajaan mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Tetapi, saya berharap kerajaan dapat menurunkannya kepada antara RM1.80 seliter hingga RM1.90 seliter dan bukannya 15 sen seliter,” katanya.

Itu kata pakatr ekonomi, tetapi bersediakah KERAjaan Malaysia melakukannya?

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s