7 Golongan Istimewa


Daripada Abu Hurairah (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda,

“Tujuh golongan akan mendapat Perlindungan Allah Taala di akhirat nanti di mana tiada perlindungan melainkan Perlindungan Allah Taala sahaja. Mereka ialah:

1. Pemerintah yang adil.

2. Seseorang yang sejak zaman kanak-kanak dan zaman mudanya sentiasa berbuat baik dan tidak pernah melanggar batasan-batasan Islam.

3. Seseorang yang lekat hatinya kepada masjid.

4. Seseorang lelaki yang didatangi perempuan lalu mengajaknya melakukan persetubuhan dan lelaki tersebut menolaknya dengan menyatakan, “Sesungguhnya saya takutkan azab Allah Taala”.

5. Dua orang yang bersahabat, persahabatan mereka adalah semata-mata kerana Allah Taala.

6. Seseorang yang bersedekah secara bersembunyi hinggakan tangan kiri beliau tidak mengetahuinya.

7. Seseorang yang mengingati Allah Taala bersendirian sehingga menitiskan air matanya.”

(Sahih Bukhari)

 

Dalam konteks kita pada masa sekarang terutamanya pelajar, kalau difikirkan, cuma satu atau dua sahaja daripada tujuh golongan di atas yang mungkin tidak dapat kita laksanakan iaitu yang pertama dan yang keempat kerana ianya mengikut keadaan dan suasana. Yang lain adalah sangat mudah kita lakukan dan yakinlah bahawa Janji Allah Taala pasti akan berlaku. Oleh itu rebutlah peluang ini dan sama-samalah kita berusaha mencari Perlindungan Allah Taala dari azabNya di padang mahsyar nanti.

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s