Budak hilang lagi


Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun telah dilaporkan hilang lagi di Jinjang Utara, sejak Ahad lalu. Harian Metro yang melaporkan kejadian ini menyatakan kes kehilangan Lee Kim Hooi kali ini mengulangi peristiwa kehilangan Ahmad Asmawi Jalaludin, 11 pada Mac lalu.

Lee Kim Hooi dilaporkan hilang selepas keluar bermain bersama rakan-rakan dengan menaiki basikal. Kes tersebut dikatakan mempunyai persamaan dengan kes Asmawi apabila mangsa dikatakan gemar pergi ke kafe internet selain hilang tidak jauh dari rumah.

Kes kehilangan kanak-kanak sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan dan semakin berleluasa. Selepas beberapa siri kes kehilangan kanak-kanak, kes seperti ini masih tidak dapat diselesaikan.

Polis di lihat hanya mampu mencari dan membuat publisiti setelah kes kehilangan dilaporkan. Walaubagaimanapun penjenayah tidak dapat diberkas. Malah kes kehilangan semakin menjadi-jadi. Ini membuatkan masyarakat semakin takut.

Walaupun kita tidak boleh hanya menyalahkan pihak polis dalam hal ini tetapi keselamatan masyarakat juga tanggungjawab pihak polis. Punca terhadap kejadian ini mesti segera di cari dan penjenayah yang mesti segera diberkas. Jika tidak akan ramai kanak-kanak lagi yang akan hilang.

Ini antara bukti menunjukkan tahap keselamatan negara yang sangat kronik sebenarnya walaupun kita sering mewar-warkan negara kita aman dan makmur. Ini tidak ditambah lagi dengan masalah-masalah sosial yang lain.

Bapa mangsa, Lee Kim Kiew, 40 telah membuat laporan di pejabat polis Jinjang tetapi belum mendapat sebarang khabar berita berhubung kes ini.

Menurut beliau kali anaknya keluar dari rumah memakai kemeja-T coklat, seluar jeans pendek bewarna biru dan menaiki basikal. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian Rakan Cop 03-2115 9999 .

This entry was posted in Keluarga. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s