Fatwa: Tidak boleh buat pinjaman bank tunai Haji


 

KUALA LUMPUR, 5 July :- Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak membuat pinjaman bank atau mana-mana institusi kewangan jika berhasrat untuk menunaikan ibadah haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Mengikut keputusan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, seseorang yang difardhukan menunaikan haji mesti memenuhi beberapa syarat, terutama berkemampuan dari segi kewangan, sihat tubuh badan dan mesti berkelapangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menjadi panel perbincangan pada persidangan Perkhidmatan Awam ke-13 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, oleh kerana faktor kemampuan tertakluk kepada sumber kewangan, maka tidak fardu dan tidak wajib bagi seseorang itu jika tidak mempunyai sumber kewangan untuk menunaikan haji.
“Fatwa telah menentukan tidak ada pinjaman diberikan kepada orang yang hendak menunaikan haji, tidak ada. “Jadi kalau ada di kalangan ulama atau mana-mana ahli politik yang menyatakan bahawa bank atau institusi kewangan harus memberi pinjaman (untuk maksud menunaikan haji) maka ia bercanggah dengan hukum-hakam Islam sendiri. Seseorang itu mesti cukup sumber kewangan,” katanya.
Katanya jika hendak dibandingkan dengan negara lain, mereka mungkin mengikut mazhab lain. “Kita mengikut Mazhab Imam Shafie dan Ahli Sunnah Waljamaah. Kalau tak mampu, tak payah pergi. Kalau ada orang taja, itu dah mampu, tak payah pinjam,” katanya. Ahmad Zahid berkata, pinjaman hanya boleh dilakukan untuk umat Islam yang ingin menunaikan umrah.

 

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s