Roti canai naik harga


Oleh Rahmat Othman
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Restoran nasi kandar di bandar raya ini dikesan menjual makanan dan minuman pada harga melampau hingga terdapat perbezaan ketara antara satu sama lain kira-kira dua bulan lalu.

Sebahagian pengusaha restoran bukan saja menjual makanan dan minuman pada harga mahal, tetapi cuba mengelirukan pelanggan dengan tidak meletakkan tanda harga.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati sebuah restoran nasi kandar di Jalan Putra di sini, menjual teh O pada harga RM1 segelas manakala sekeping roti canai dan capati RM1 sekeping.

Pengusahanya yang enggan dikenali, berkata kenaikan harga makanan itu disebabkan berlaku beberapa perkara terutama harga tepung yang melambung naik, baru-baru ini.

“Dulu kita boleh jual roti canai 60 sen sekeping dan 70 sen sekeping bagi capati, tetapi kini kita boleh tutup kedai jika menjualnya pada harga sama,” katanya.

Pengusaha berkenaan berkata, dia terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman memandangkan kos hidup kini semakin tinggi.

Apabila ditanya mengapa tidak meletakkan tanda harga, seorang pekerja mendakwa tanda harga itu sedang dibuat.

Sementara itu, sebuah restoran lain di Lebuhraya Darulaman, di sini, pula menjual sekeping roti canai pada harga 80 sen, manakala capati (90 sen), namun saiznya dikecilkan, manakala teh O tanpa gula 80 sen segelas.

Pengusahanya, Ajees Ahmad, berkata dia tidak menaikkan harga makanan dan minuman walaupun keuntungan yang diperoleh hanya cukup makan.

“Kami tidak dapat untung banyak kerana harga tepung semakin naik iaitu tepung roti canai RM68 bagi 25 kilogram, manakala tepung untuk capati RM62.50,” katanya.

Beliau berkata, berniaga sekarang memang bermasalah kerana harga semua barangan naik termasuk harga gas dan upah pekerja.

Sebuah lagi restoran nasi kandar di Hentian Shahab Perdana menjual sekeping roti canai pada harga 70 sen, tetapi dijual hanya waktu petang dan malam sahaja.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pnegguna Kedah (Cake), Datuk Mohd Yusoff Ismail, berkata beliau banyak menerima rungutan orang ramai mengenai harga makanan di restoran nasi kandar tidak selaras di bandar raya ini.

“Roti canai tidak seharusnya dijual pada harga RM1 sekeping, sepatutnya harga rati canai di bandar raya ini antara 60 sen ke 70 sen saja manakala capati pula antara 80 sen ke 90 sen sekeping.

“Kami banyak menerima rungutan orang ramai mengenai harga makanan di restoran nasi kandar yang semakin meningkat naik,” katanya.

“Di bandar raya ini, masih ada restoran menjual sekeping roti canai pada harga 50 sen dan diharap mereka dapat mengikuti langkah restoran berkenaan sebagai contoh,” katanya.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s