Bolehkah Menunda Mandi Wajib


Bolehkah Menunda Mandi Wajib Hingga Terbit Fajar

Syaikh Abdul Aziz bin Baaz

Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Apakah boleh menunda mandi kerana junub hingga fajar terbit ? Dan apakah boleh bagi wanita untuk menunda mandi haidh dan mandi nifas hingga terbitnya fajar ?

Jawapan

Jika masa haidh seorang wanita telah habis sebelum fajar, maka dia dimestikan untuk berpuasa dan tidak ada larangan baginya untuk menunda mandi wajibnya itu hingga terbitnya fajar. Akan tetapi tidak boleh baginya untuk menunda mandinya hingga terbit matahari, bahkan wajib baginya untuk mandi dan melaksanakan shalat sebelum matahari terbit, begitu pula hukum mandi junub bagi lelaki, yaitu tidak boleh ditunda sampai setelah terbit matahari, bahkan wajib baginya mandi sana shalat Subuh sebelum terbitnya matahri, dan juga wajib bagi lelaki untuk bersegera mandi agar dapat melaksanakan shalat Subuh berjama’ah.(Fatawa Ash-Shiyam. Syaikh Ibnu Baaz, 65)

 

 

BOLEHKAH ORANG YANG JUNUB TIDUR SEBELUM BERWUDHU

Oleh
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta’

 

Pertanyaan
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta’ ditanya : Apakah orang yang junub boleh tidur tanpa berwudhu terlebh dahulu ?

 

Jawapan
Tidak ada dosa baginya untuk tidur sebelum berwudhu, akan tetapi yang lebih utama adalah hendaknya ia berwudhu terlebih dahulu sebelum tidur, kerana Nabi SAW melakukan gal itu dan memerintahkannya.

 

(Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah Lil ifta’, 5/298)

 

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s