Ibu bapa disaran bekalkan anak dengan ilmu Islam


Oleh Ekmal Yusof

SUNGAI SIPUT, 15 Julai (Hrkh) – Puan Arba’aiah Bahari isteri Exco Agama, Pendidikan Islam, Wanita Dan Kebajikan negeri Perak, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menegaskan, adalah sangat wajar ibu bapa menyediakan benteng awal terhadap kerohanian Islam bagi anak-anak sejak mereka dari dalam buaian lagi.

“Kalau tidak, apabila mereka dewasa nanti, tanpa pegangan ilmu Islam, mereka akan hanyut dan hidup terkapai-kapai tanpa petunjuk di dunia dan akhirat,” katanya berucap merasmikan majlis Ihtifal Pasti An-Nor, Al-Fallah dan Al-Ibnu Sinar di sini.

-Arba’aiah juga telah menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam akademik dan murid-murid yang berjaya dalam pertandingan.

Katanya lagi, penglibatan anak-anak dalam program Islam adalah tersangat penting bagi membangunkan fizikal dan spiritual yang sihat demi kemajuan pembelajaran mereka dari semasa ke semasa.

“Dalam menghadapi suasana mencabar di alam remaja, dengan adanya asas pegangan ilmu Islam, ia akan menjadi benteng untuk menentang serangan budaya asing, gejala sosial dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memuji kebijaksanaan ibu bapa yang telah memilih untuk menghantar anak mereka ke Pasti.

Katanya, “usaha sedemikian bertepatan dengan firman Allah yang ibu bapa menjaga diri dan kaum keluarganya dari azab api neraka”. – mns

This entry was posted in Keluarga. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s