Ini kisah anak Osama Bin Laden


Oleh Agensi

SEORANG anak lelaki ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden hanya berumur 16 tahun tetapi dia digelar oleh Barat sebagai Putera Mahkota Pengganas. Menurut sebuah akhbar semalam, anak lelaki Osama itu, Hamza meneruskan misi bapanya kelmarin menerusi puisi dengan meminta Britain dimusnahkan.

Remaja itu mengisytiharkan keazamannya itu dengan berkata: “Percepatkan kemusnahan Amerika, Britain, Perancis dan Denmark.

“Oh Tuhan, ganjaran kepada pejuang-pejuang yang mengenai sasaran orang kafir dan pembelot.

 

“Oh Tuhan, bimbing golongan muda di negara-negara Islam dan benarkan mereka membantu dengan rancangan pejuang.

“Tuhan, tolonglah mereka yang mahu pergi untuk berjihad dan butakan mata mereka yang melihat serta mahu menangkap mereka.”

Puisi anak bongsu Osama itu disiarkan dalam sebuah laman web untuk meraikan ulang tahun ketiga kejadian serangan bom di London.

Hamza yang memakai pakaian jaket celoreng tentera selain baju tradisi Afghanistan membaca puisi yang ditulisnya itu di laman web tersebut.

Serangan bom itu berlaku pada 7 Julai 2005 dengan menyebabkan 52 orang tidak bersalah terbunuh.

Dalam puisi itu, Hamzah berkata: “Berilah kemenangan kepada Taliban terhadap kumpulan orang kafir.

Dalam laman itu, satu klip video yang menunjukkan wajah bapanya turut disiarkan.

Satu pengenalan ringkas disiarkan di laman web itu: “Kini kami menawarkan anda sebuah puisi oleh Sheikh Hamza bin Laden. Lindungilah dia Tuhan.”

Hamza dipercayai bersembunyi di sempadan Pakistan-Afghanistan.

Dia merupakan anak lelaki yang diperoleh hasil hubungan Osama dengan seorang isteri Arab Saudi.

Seorang pakar keselamatan, Chris Dobson berkata: “Walaupun masih remaja, dia kini merupakan seorang pewaris Osama.”

Seorang Ahli Parlimen Britian, Patrick Mercer yang merupakan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Dalam Negeri berkata: “Kita kini mempunyai putera mahkota pengganas yang sedang mengambil alih jubah bapanya.”

Seorang pakar pengganas internet, Neil Doyle memberi amaran: “Terdapat peningkatan perbualan melampau di internet berhubung serangan di Britain.”

Sementara itu, seorang lelaki yang terselamat dalam serangan 7 Julai 2005 itu, Jacqui Putnam berkata: “Ia sesuatu yang mendukacitakan.

“Dia (Hamza) sepatutnya melakukan apa yang kini dilakukan oleh lelaki yang sebaya dengannya dan menemui kehidupan dengan cara normal.”

Osama turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Omar yang mendapat liputan meluas media kerana berkahwin dengan seorang nenek dari Britain.

Omar yang kini berumur 28 tahun berkahwin dengan Jane Felix-Brown berumur 52 tahun pada tahun 2007.

Felix-Brown memeluk Islam dan menggunakan nama Zaina Alsabah.

Omar yang merupakan ahli perniagaan itu juga tidak pernag mengkritik bapanya yang merupakan lelaki paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS).

Dia menyatakan Osama hanya untuk mempertahankan dunia Islam dan bukannya seorang pengganas.

Osama dipercayai mempunyai 18 orang anak.

This entry was posted in Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s