Ego Orang Agama vs Ego Orang Tiada Agama


Selepas Roslan Aziz mengunakan istilah ‘Ego Orang Agama’ dalam komentarnya berhubung bantahan Pemuda Pas Selangor terhadap konsert Ella dan Mas Idayu, kini sudah ramai penulis yang terikut-ikut mengunakannya bagi menyindir ‘orang agama’.

Kebanyakkan mereka menekan bahawa ‘orang agama’ ini tidak bersikap terbuka dan suka menentang apa yang orang suka khususnya bila menyentuh bab hiburan. Bermula dengan kes Ella dan Mas Idayu dan kini berpindah pula pada kes Himpunan Protes yang bertukar menjadi konsert.

Bila mereka yang dilabelkan ‘orang agama’ ini menegur, membantah dan tidak setuju, malah tindakan paling tidak disenangi segelintir pihak yang ‘bukan orang agama’ adalah memboikot, maka pelbagai sumpahan dikenakan.

Antaranya…”macamlah mereka itu baik sangat”, “orang agama ini berfikiran tidak matang dan tidak terbuka”,….”bila orang agama memerintah pasti tiada hiburan nanti”..dan macam-macam lagi.

Begitulah fitnah dunia, seolah-olah esok sudah pasti untuk mereka hingga lupa jalan ke akhirat. Pemikiran mereka seolah-olah mereka orang yang tiada agama kerana yang difikirkannya adalah hiburan picisan yang diratah setiap hari bagi memuaskan nafsu tanpa dipandu oleh akal.

Agama itu diwahyukan dan diciptakan bagi mencapai ketenangan serta membimbing manusia ke arah kebaikan. Tiada agama didunia ini yang wujud bagi menyusahkan atau merugikan sesiapa. Jadi tindakan mereka yang berlandaskan hukum agama tidak wajar dipandang dengan pemikiran yang melampau kerana setiap agama itu ada peraturan dan adabnya.

Jangan kerana kita rasa sesuatu perkara itu ok, kita rasa orang agama boleh terima kerana ada banyak perkara yang ok pada pandangan mata kita, tidak semestinya ok dalam agama. Sebagai contoh, hiburan yang memainkan muzik keras dan rancak tidak sesuai walaupun lirik lagunya baik. Apa guna kita dengar muzik sahaja sedangkan suara penyanyi itu tidak jelas apa yang diucapnya.

Ketika di Stadium Kelana Jaya hari itu, suara penyanyi kumpulan Lawan Tetap Lawan dan yang lain tengelam dek muzik underground yang terlalu bising. Yang kedengaran hanya perkataan ISA. Adakah sesuai suatu isu yang serius seprti ISA, Kenaikkan harga minyak dan sebagainya di lagukan sedemikian rupa hingga orang tak faham apa mesej sebenarnya. Penonton tiada masa nak check liriknya dan memang tidak dibekalkan pun.

Seni pun kena lihat pada tempat dan waktunya, dan orang yang dilabelkan sebagai orang agama tidak menolak seni. Biarlah motif dan mesej seni itu mudah sampai, jangan disekat dengan benda-benda yang tidak sesuai.

Ingat lagi cerita filem Do Re Mi. Mereka bertiga telah masuk ke rumah orang kaya untuk menjual berus gigi, niatnya baik, barangnya pun baik. Tapi cara mereka masuk dan jual barang itu memang tak kena hingga pemilik rumah itu ketakutan. Nak jual berus gigi tapi datang dengan kostum dan gaya penyamun. Jadi begitulah diumpamakan dengan seni. Nak sampaikan mesej yang baik kenalah dengan cara yang mudah difahami dan bukannya sekadar untuk berhibur hingga melalaikan orang dari memahami liriknya.

Selain itu, Jangan dicampur adukkan perkara yang baik dengan yang tidak baik. Lirik yang baik kalau muziknya haru biru pun tak kena. Ingatlah lagu Pergi Tak Kembali nyanyian Kumpulan Nasyid Rabbani. Liriknya memang menginsafkan, tapi bila digabungkan dengan muzik yang haru biru, orang dengar pun tak ingat nak mati.

Macam juga orang nak berak (buang air besar) kat jamban…sesuaikah kalau time tu dia makan tengahari sekaligus…berak dan makan dalam masa yang sama. Kan tak beradab tu. Mana boleh perkara yang kotor dicampurkan dengan yang bersih.

Orang agama bukannya ego, dan mereka yang tiada agama pun janganlah ego sangat untuk ditegur. Kena hormat juga sebab tidak semua audiens boleh terima cara anda.

Bila mereka tegur, tak nak didengar. Marah pula tu, siap tuduh orang agama ego dan tidak terbuka. Masalahnya siapa yang ego, kalau tegur pun tak boleh…itu bukan ego ker? Bila boikot, mereka kata orang agama terlalu ego…tapi yang mereka nak teruskan juga persembahan tu, bukan ego dan kepala batu ker?…Hormatilah orang lain kalau anda ingin dihormati.

Jangan ketepikan agama dan berlagak seperti orang tiada agama bila berucap. Memang tiada orang yang perfect kat dunia ini, tapi kalau perkara baik pun tak nak dengar macam mana nak jadi perfect!

Untuk golongan yang dikategorikan ‘orang agama’ hayatilah wahyu Allah ini;

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s