OIC kesal keputusan mahkamah Denmark tentang karikatur


DUBAI: Badan Pemantau mengenai Islamofobia Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) menyatakan kecewa dan kesal terhadap keputusan sebuah mahkamah Denmark bahawa penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad oleh akhbar JyllandsPosten di Denmark pada 2005 tidak salah di bawah undang-undang negara itu atas alasan tindakan ganas dilakukan atas nama Islam.

“Keputusan mahkamah Denmark itu mengejutkan OIC ketika hampir semua kerajaan di Barat termasuk Amerika Syarikat membuat kenyataan tegas yang menolak sebarang kaitan antara Islam dengan keganasan,” kata jurucakap dari badan tersebut dalam satu kenyataan.

Laporan berita AP menyatakan Mahkamah Tinggi Barat di Aarhus, ke barat laut Copenhagen, pada Khamis mengekalkan keputusan mahkamah rendah tahun lepas yang menolak dakwaan masyarakat Islam bahawa 12 lukisan itu bertujuan menghina nabi dan mempersenda Islam.

Mahkamah itu berkata tidak ada bukti bahawa langkah JyllandsPosten menyiarkan kartun itu untuk menggambarkan orang Islam sebagai penjenayah atau pengganas, menurut laporan AP itu.

Paparan gambar Nabi Muhammad dilarang di bawah undang-undang Islam.

Kartun berkenaan dicetak semula oleh akhbar – akhbar di Eropah pada 2006, dan akhbar Denmark awal tahun ini. BERNAMA

This entry was posted in Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s