Amalkan bercerita, petua mudah mendidik anak


SEWAKTU mendidik anak, ada ibu bapa yang meng gunakan kekerasan sehingga anak menjadi takut kepada orang tua mereka. Tidak kurang yang tidak tegas mendidik dan membiarkan anak tanpa peraturan sehingga anak men jadi liar.

Ada yang berkata, cara mendidik anak akan memberi kesan besar dalam hidup apabila mereka dewasa kelak. Ada juga yang mengatakan ibu bapa perlu mendidik anak bukan mengikut cara mereka dididik dulu tetapi mengikut peredaran zaman kini.

Berikut petua yang mungkin boleh digunakan ibu bapa untuk mendidik anak:

  • Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari, bersesuaian dengan tindak-tanduk serta amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan memberi pesanan kepada anak. Menurut satu kajian, piawaian memberi pesanan dan arahan kepada anak setiap hari adalah 200 kali bagi membentuk rutin kehidupannya. 
  • Banyakkan bercerita dengan anak mengenai perkara yang baik. Cerita boleh diambil daripada al-Quran, kisah rasul dan sahabat. Malah, ibu bapa boleh mereka cerita sendiri kerana yang penting, ia mestilah boleh dijadikan teladan.
  • Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya anak hal yang dilaluinya sepanjang hari dan sentiasa berusaha menjawab soalan mereka secara hikmah.
  • Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran. Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali saja supaya anak tidak cepat bosan.Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pem bentukan akidah, ibadah, amalan harian, akhlak, tanggung jawab dan seumpamanya.
  • Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak serta sentiasa selitkan unsur nasihat yang bermanfaat.
  • Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak termasuk kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuan dan kesesuaiannya dengan jantina anak.Pantau kerja dilakukan dan jangan kutuk anak jika mereka buat salah sebaliknya jika memuji, biarlah berpada-pada.
  • Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak. Ibu bapa sederhana memberitahu anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan mengenai apa yang diminta anak itu lakukan.Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya manakala ibu bapa mithali sentiasa menggerakkan anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.
  • Menurut kajian pakar psikologi, galakan untuk anak harus diberikan 80 peratus manakala 20 peratus lagi untuk amaran. Galakan menjadikan anak lebih ceria di samping menjurus ke arah individu cemerlang.
  • Ambil berat kebajikan anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak anak sewajarnya serta menyediakan keperluan yang mu nasabah untuk anak, sesuai dengan kemampuan ibu bapa itu.
  • Ibu bapa boleh menggunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak. Tidak perlu tunggu anak bercerita bila mereka berdepan dengan masalah.
  • Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan antara perkara yang boleh di lakukan dan dilatih kepada anak termasuk mengajar me nyimpan rahsia, latih mereka berpuasa serta membentuk kemahiran sosial anak contohnya berkawan dengan betul.Luaskan ruang lingkup pembacaan anak-anak serta me ngajar mereka cara membuat keputusan yang baik.
  • Kenal pasti kecenderungan dan minat anak. Selain da ripada memerhatikan sendiri anak-anak, boleh bertanya pada guru atau rakan mengenai hobi mereka kerana mungkin ada yang terlepas pandang.Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah menjadi insan cemerlang.
  • This entry was posted in Keluarga. Bookmark the permalink.

    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s