Bancian: Terdapat 10 ribu jutawan Islam di Britain


LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Jacqui Smith, berkata jumlah penduduk Muslim di negara itu kini meningkat kepada dua juta orang, termasuk 10,000 daripada mereka yang kini sudah menjadi jutawan.

‘Seramai 1.6 juta mengakui diri mereka sebagai umat Islam dalam bancian 2001 dan angka itu mungkin sudah pun mencecah dua juta orang sekarang,’ kata Smith dalam satu ucapan kepada Majlis Kesenian Kebangsaan Pakistan (PMCA).

Akhbar Daily Mail kelmarin melaporkan bahawa bilangan penduduk Islam di Britain meningkat sebanyak 400,000 orang sejak bancian terakhir pada 2001.

Anggaran Whitehall itu mengesahkan kedudukan Islam sebagai agama kedua paling ramai penganutnya di Britain selepas Kristian, dan umat Islam kini membentuk 3.3 peratus daripada penduduk Britain.

Di luar London, keturunan Pakistan membentuk 43 peratus daripada penduduk Islam, manakala orang Bangladesh 17 peratus dan orang India 9 peratus.

Di London, umat Islam sama banyak antara keturunan Pakistan dan Bangladesh.

Menurut beliau terdapat empat anggota parlimen keturunan Pakistan dalam Dewan Rakyat, termasuk dua menteri, dan lebih 200 pegawai majlis perbandaran di seluruh Britain.

‘Kami akan memastikan universiti di sini menyediakan pendidikan mengenai Islam dan menjadi Britain sebagai pusat pengajian Islam di luar Dunia Islam,’ tegas beliau. — Agensi.

This entry was posted in Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s