Amy Search buka restoran


 

SantaiOleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my Selain, gemar menghabiskan masa di rumah melayan kerenah anak dan isteri, jika tidak terbabit dengan sebarang persembahan atau perbincangan mengenai perniagaan yang diuruskannya.Bertukang, membaca buku dan belajar agama antara perkara sering dilakukan. Namun, satu lagi hobi penyanyi bernama Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Search yang tak diketahui orang, dia gemar memasak.

Laksa Johor, mi bandung dan asam pedas adalah menu istimewa yang diketahui kenalan rapatnya sebagai kepakaran Amy.

Hakikatnya, dunia masakan bukan sekadar minat tetapi sudah lama Amy mengimpikan untuk memiliki sebuah restoran.

Kini impian itu tercapai apabila restoran miliknya yang diberi nama Cheng Ho Chinese Islamic Seafood yang beralamat 15 & 17G, Jalan Wangsa Delima 10, Blok 3B D’Wangsa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka kepada orang awam mulai 7 April lalu.

lalu, berkata, dia bersyukur kerana akhirnya hasrat itu menjadi kenyataan.

“Impian untuk membuka restoran sudah lama, cuma waktu itu saya tidak berkesempatan menemui mereka yang arif selok-belok perniagaan ini.

“Sehinggalah bertemu semula dengan Norazman Ahmad Radzuan (bekas pengarang sebuah majalah popular) yang sudah lama menceburi perniagaan restoran.

 


“Daripada berbual biasa akhirnya perbincangan semakin serius sejak tahun lalu, kemudian bersetuju untuk menjadi rakan kongsi sehingga lahirnya Cheng Ho Chinese Islamic Seafood ini,” katanya.

Amy, berasal dari Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, manakala isterinya, Norhasniza Hassan dari Pulau Pinang, tertanya juga mengapa tidak saja memperkenalkan masakan tradisional Melayu popular dari negeri kelahiran mereka.

Bagi Amy, konsep sebegitu sudah banyak diperkenalkan pemilik restoran Melayu di negara ini justeru dia mahu mencari kelainan.

“Ramai orang Melayu suka makanan laut tetapi kebanyakan restoran di negara ini kepunyaan orang Cina jadi, sejauh mana halal masakan mereka kita sendiri pun tidak tahu walaupun mungkin ada pengesahan halal.

“Dengan pembukaan Cheng Ho Chinese Islamic Seafood, orang Islam khasnya tidak perlu lagi ragu kerana mereka boleh menikmati hidangan tanpa was-was. Begitu juga orang Cina, India dan sesiapa pun juga boleh datang ke sini jika mereka teringin makan seafood.

“Paling penting, saya mahu pelanggan yang datang ke sini bukan kerana keinginan mereka bertemu saya semata-mata. Sebaliknya, kembali semula ke restoran ini kerana menyukai masakan yang disediakan.

“Disebabkan itu saya amat mementingkan kualiti dan mengharap komen orang ramai. Mungkin, saya tidak selalu berada di restoran ini kerana sibuk dengan aktiviti seni tetapi saya akan sentiasa memantau perkembangan,” katanya.

Amy menambah, proses pengubahsuaian restoran yang terletak berhampiran Carefour, Wangsa Maju, itu menelan belanja RM250,000 dan dekorasinya mendapat sentuhan Allahyarham Jalil Ngah yang pulang ke rahmatullah pada 18 Mac lalu.

Restoran itu menggunakan gambar ‘kandid’ bersaiz gergasi yang memaparkan kehidupan masyarakat Islam di China.

“Search sudah bekerjasama dengan arwah Jalil sejak 1981 dan sumbangan beliau terlalu besar buat kami dan saya secara peribadi kerana dia juga pernah terbabit sebagai penyelaras konsep untuk album solo saya.

“Walaupun sedih kerana tidak dapat meraikan hari bersejarah ini dengan beliau namun, restoran inilah menjadi kenangan terakhir kerjasama antara kami.

“Kalau ikutkan rekaan dalaman restoran ini baru 70 peratus siap memandangkan, arwah Jalil terlebih dulu menyahut seruan Ilahi. Masih ada beberapa tempat yang perlu dikemas kini,” katanya.

Ditanya, simbolik di sebalik nama Cheng Ho, Amy menjelaskan, dia sendiri mengagumi sejarah Laksamana Cheng Ho yang menjadi ikon kepada umat Islam di China.

Mempunyai 15 pekerja termasuk dua tukang masak, kebanyakan pelayan yang bekerja dengannya adalah peminat setia Amy di Sabah.

“Insya-Allah, jika perniagaan maju saya bercadang membuka cawangan kedua ini di Kota Damansara dalam masa enam bulan lagi diikuti Johor Bahru termasuk Sabah. Malah, mempunyai perancangan untuk menyedia perkhidmatan francais,” katanya.

Terdapat 148 jenis masakan disediakan berasaskan pelbagai jenis seafood. Manakala lapan untuk pencuci mulut, 13 jenis ‘ice blended’, 11 jus dan 13 minuman biasa.

Cheng Ho Chinese Islamic Seafood yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam juga menyediakan set kombo dengan harga cukup berpatutan.

This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s