Kes remaja hamil meningkat


SosialOleh Saibi Gi2,174 remaja lahirkan bayi pada 2001, meningkat kepada 3,799 pada 2006 KUCHING: Masyarakat menganggap mereka yang berumur antara 10 dan 19 tahun sebagai ‘budak hingusan’ atau dalam erti kata lain masih belum matang.

Untuk menjaga diri sendiri pun masih tidak mampu apatah lagi hendak memikul tanggungjawab berat sebagai ibu kepada anak sendiri.

Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Dr Razitazham Safii berkata, terdapat peningkatan kes remaja dalam kumpulan umur itu hamil.

Kehamilan itu direkodkan Unit Maklumat dan Dokumentasi, Jabatan Kesihatan Negeri apabila pada tahun 2001 seramai 2,174 orang remaja melahirkan bayi di Sarawak.

Jumlah itu kemudian meningkat kepada 3,799 orang pada tahun 2006.

“Hospital-hospital daerah seperti Bau, Lundu, Simun-jan, Limbang, Betong dan Hospital Umum Sarawak merekodkan peningkatan yang paling ketara.

“Umur remaja yang paling muda direkodkan di Sarawak adalah 11 tahun,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam Seminar Pemantapan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak di sini, baru-baru ini.

Menurut Dr Razitasham lagi, satu kajian telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching pada Ogos 2004 menunjukkan daripada 936 jumlah kehamilan direkodkan di klinik-klinik kesihatan daerah Kuching, 46 kes adalah melibatkan remaja berusia bawah 19 tahun.

“Daripada jumlah itu, 0.1 peratus melibatkan remaja berusia bawah 15 tahun. Sementara 3.6 peratus remaja lain adalah masing-masing berusia 17 dan 18 tahun.

“Kebanyakan remaja-remaja ini, 58.7 peratus datang dari kawasan di pinggir bandar dan luar bandar,” ujarnya.

 Dari segi status perkahwinan, lima orang yang didapati tidak berkahwin sementara 41 lagi sudah berkahwin termasuk satu kes melibatkan remaja berusia kurang 15 tahun. “Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kehamilan tersebut dirancang atau sebaliknya.

“Hanya seorang sahaja yang didapati masih menuntut sementara selebihnya adalah suri rumah tangga,” jelasnya.

Beliau turut menggariskan punca seks bebas yang menjurus kepada hamil pada usia muda.

Antaranya adalah perubahan corak institusi keluarga yang menyebabkan kawalan keluarga longgar, hubungan bebas, sikap berani mencuba, mengambil pil khayal, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa dan kurang didikan agama.

“Hubungan seks rambang juga berlaku di kalangan ahli keluarga seperti perbuatan sumbang mahram. Disebabkan tuntutan nafsu syahwat, remaja yang tiada panduan dan bimbingan akan mudah tergoda,” jelasnya.

This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s