Rakyat Malaysia pertama layak ke Kejuaraan Kuda Lasak Dunia


SukanSumber Berita

 YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin muncul rakyat Malaysia pertama layak ke Kejuaraan Kuda Lasak Dunia 2008 (WEC 2008) yang akan dilangsungkan di Kuala Terengganu, November ini.Baginda dianugerahkan sijil kelayakan selepas menamatkan perlumbaan dalam masa ditetapkan pada dua kejohanan iaitu pada Kejuaraan Piala Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum dan Piala Kuda Lasak Presiden Emeriyah Arab Bersatu, masing-masing pada 12 Januari dan 16 Februari lalu.

Bagi melayakkan diri ke Kejuaraan Kuda Lasak Dunia, peserta perlu memperoleh dua sijil kelayakan bersama kuda yang sama pada perlumbaan yang diiktiraf Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa.

Bagi mendapatkan sijil kelayakan, peserta mesti menghabiskan perlumbaan sejauh 150 kilometer dalam tempoh 13 jam 20 minit dan Tuanku Mizan menamatkan perlumbaan bersama kuda baginda, Ibrahim Pascha Larzac, masing-masing dengan catatan 11 jam 07 minit 01 saat dan 10:36.21s saat di Dubai dan Abu Dhabi.

Walaupun sudah layak ke WEC 2008, kebiasaannya kebanyakan peserta akan cuba sekali lagi untuk layak menggunakan kuda berbeza kerana kemungkinan ada masalah selepas itu dengan kelayakan kedua akan berlangsung pada Mei ini.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s