Gerak Khas hina keluarga Nurin Jazlin Jazimin?


Oleh PUTRA 7

DRAMA ‘Gerak Khas’ episod Syaitan Bertopeng (bahagian 1) disiarkan pada 11/01/2008 dan juga sambungan bahagian 2 disiarkan pada 18/01/2008 patut diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa khususnya polis.

Drama ini diarahkan oleh Saleh Majid yang diterbitkan di bawah Skop Productions (Datuk Yusof Haslam). Ini kerana cerita tersebut mempunyai jalan cerita menghampiri kisah keluarga Jazimin dan Allahyarham adik Nurin Jazlin.

Dalam episod kali ini, mengisahkan seorang budak (Danial) yang merupakan anak jiran seorang anggota polis telah diliwat setelah diculik semasa pergi ke pasar malam.

Kemudiannya, plot kisah ini tertumpu kepada seorang peniaga warong nasi lemak Encik Ali yang mempunyai hutang dengan Along tanpa menjelaskannya. Ali juga mempunyai seorang anak gadis yang berusia 7 tahun yang bernama Natasha yang gemar pergi ke pasar malam bersama rakan.

Alkisah pada satu malam Natasha ingin pergi ke pasar malam tapi dimarahi oleh bapanya, setelah dipujuk oleh isteri Ali, Natasha pergi juga bersama rakan seusia dengannya.

Tapi setelah 11.30 malam Natasha tidak balik dan ini mendorong bapa Natasha mencari merata-rata tempat tapi gagal… Keesokkannya satu laporan polis dibuat oleh keluarga Natasha. Dalam pada masa yang sama terdapat plot Natasha menangis apabila didatangi lelaki yang mebawa timun dan juga terung.

Beberapa hari kemudian mayat kanak-kanak telah dijumpai di tapak pembinaan oleh pekerja buruh. Pada plot sebelumnya, terdapat 2 orang pemuda sedang merakam tapak pembinaan sebagai tempat bakal ’shooting’ pergaduhan.

Setelah di buat ‘post mortem’ ternyata DNA mayat kanak-kanak tersebut adalah Natasha dan ianya mati akibat ditusuk benda tajam di dalam alat sulitnya. Namun bapa si mati menyangkal mayat itu merupakan anaknya.

Di dalam beberapa adegan Ali meraung, menangis, menjerit dan memarahi pemberita dan juga pasukan polis kerana masih menyangka anaknya masih lagi hidup. Setelah mayat kanak-kanak itu dikebumikan, Ali masih lagi menafikan si mati tersebut adalah Natasha. Namun ianya dilakukan sebagai penghormatan kepada si mati.

Plot seterusnya, kumpulan Along tersebut berjumpa Ali dan mengugut akan membunuhnya. Namun atas kecekapan polis drama ‘Gerak Khas’, kumpulan Along itu diberkas dan disoal siasat.

Pada plot yang lainnya pula 2 orang pemuda sedang memaparkan tempat bakal yang di’shooting’ kelak kepada pengarah mereka. Namun pengarah tersebut mempercayai rakaman tersebut mempunyai ‘clue’ tentang pembunuhan Natasha dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Setelah pita rakaman itu diberi kepada polis, pasukan polis drama ‘Gerak Khas’ menganalisa rakaman dan ternampak sebuah van yang mempunyai plat nombor yang jelas yang didaftarkan atas nama bapa kanak-kanak malang tersebut! Ketika disoal-siasat polis, Ali telah menjelaskan van tersebut selalu diberi pinjam kepada rakan baik dan juga regular customer nasi lemak iaitu Zarol Zahari.

Setelah serbuan polis dibuat di rumah Zarol terdapat cebisan pakaian dan gambar Natasha diseksa dan di samping itu terdapat juga lagi timun dan terung di atas meja ketika penangkapan Zarol. Selepas itu baru diketahui Zarol merupakan seorang pesakit mental yang terlepas lari setelah merogol adiknya sendiri.

Daripada sipnosis di atas cerita itu memberi gambaran tentang pembunuhan adik Nurin Jazlin. Oleh sebab itu, tindakan harus diambil terdapat pengarah cerita Saleh Majid, penerbit Skop Productions dan juga RTM sebagai penyiar drama tersebut.

Ini kerana:
1) Pihak drama ‘Gerak Khas’ telah menyiarkan cerita yang masih lagi di bawah siasatan polis. Sepatutnya kes ini tidak boleh dibuat pengambaran kerana ianya menganggu siasatan.

2) Drama ini membawa kesan trauma dan juga memalukan terhadap Encik Jazimin sekeluarga. Baru 5 bulan kehilangan anak tersayang, tapi pihak drama ‘Gerak Khas’ telah menyiarkan cerita yang menghampiri kisah adik Nurin Jazlin.

3) Watak Ali ini yang seolah-olah Encik Jazimin adalah seorang peminjam wang Along yang tak bertanggungjawab dan juga seorang panas baran. Ia juga menonjolkan Ali tidak mempercayai tugas polis dan juga keputusan DNA kanak-kanak tersebut. Adakah perlu watak ini memperlakukan Encik Jazimin seorang yang sangat tidak bertanggungjawab, bagaimana perasaan Jazimin dan keluarga apabila menonton drama ini?

4) Drama ini juga memaparkan seolah-olah pasukan ‘Gerak Khas’ mereka lebih efisen daripada PDRM yang dapat menyelesaikan kes itu dengan segera. Perlukah drama sebegini diberi ruang apabila kes masih lagi disiasat oleh PDRM?

5) Memaparkan pasar malam merupakan tempat yang tidak selamat kerana sering menjadi tempat penculikan kanak-kanak. Hal ini, menyebabkan orang ramai berasa takut pergi ke pasar malam dan membawa kerugian kepada peniaga-peniaga pasar malam. Sedangkan kes perculikan kanak-kanak berlaku di mana sahaja!

Oleh itu, disarankan sekali lagi agar pengarah, penerbit dan penyiar drama ‘Gerak Khas’ perlu diberi tindakan sewajarnya untuk teladan pada masa hadapan. Janganlah difikirkan peluang publisiti, eksplotasi dan keuntungan semata-mata tapi ianya memberi impak negatif kepada pihak yang lain.

Diharap juga kajian diberi kepada drama yang menyatakan “kisah ini tidak berkaitan samaada masih hidup atau mati”, tapi bagaimana drama itu jika ditonton oleh orang ramai terutama kanak-kanak, mengaitkan ia kejadian sebenar yang berlaku pada sesebuah keluarga. Harap maklum.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s