Kaki adik Danish selamat dipotong


KOTA BAHARU: “Syukurlah anak saya selamat,” kata Atfan Mohamed, 37 setelah bayi lelakinya Mohd Danish Atfan yang berusia tiga bulan selamat menjalani pembedahan memotong kaki kirinya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun terpaksa menelan hakikat anaknya itu telah kehilangan sebelah kaki, beliau dan isterinya tetap bersyukur kerana pembedahan memotong kaki anaknya itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Memang pahit untuk menerima keadaan ini, namun saya berasa amat lega kerana pembedahan berjalan lancar dan Danish juga telah pun sedar.

“Syukurlah semuanya selamat seperti yang diharapkan,” katanya.

Atfan berkata beliau dan isterinya Mastura Abdul Rauf, 35, sangat menghargai usaha doktor dan jururawat di HUSM yang banyak membantu mereka sehingga anaknya selamat menjalani pembedahan.

“Saya sangat berterima kasih kepada doktor di HUSM yang merawat Danish selama anak saya menerima rawatan dan sehinggalah selamat menjalani pembedahan ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya beliau kini sedang menunggu laporan penuh daripada pihak HUSM mengenai anaknya sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kecuaian hospital swasta terbabit sehingga kaki anaknya terpaksa dipotong.

Semalam Bernama melaporkan kaki Danish menjadi bengkak dan kehitam-hitaman seperti terbakar dipercayai akibat tersalah suntikan ketika menerima rawatan cirit birit dan muntah di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur Disember lalu.

Sementara itu Pengarah HUSM, Dr. Zaidun Kamari ketika ditemui pemberita sejurus selepas pembedahan itu berakhir berkata, pihaknya gembira kerana berjaya menjalankan pembedahan tersebut tanpa sebarang masalah.

“Pembedahan itu yang hanya memakan masa selama satu jam sahaja,” katanya.

Menurutnya Danish kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan dalam bilik khas untuk pemantauan berterusan. BERNAMA

Herman-Simpati pada ana kecil ini. Pastikan pihak Hospital berkenaan tidak terlepas begitu sahaja. Kerajaan wajar memantau doktor dan jururawat di Hospital swasta dan memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja berkhidmat disitu. Ada juga sesetengah Hospital atau klinik swasta mengambil pekerja yang tiada kepakaran langsung dalam urusan farmasi atau sebagai pembantu doktor mereka.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s