Suami Biarkan Isteri Muda Dirogol Depan Mata Oleh Teman Sendiri


Suami wanita ini wajar DITEMBAK MATI. Perkataan DAYUS tidak cukup untuk menceritakan KEBINATANGAN beliau yang sanggup menyerahkan isteri kedua beliau untuk diROGOL oleh temannya bagi menyelesaikan masalah peribadi beliau.

 

GEMAS: Seorang suami hanya mampu melihat isterinya dirogol di sebuah kebun getah di Felda Sungai Kelamah, di sini, Ahad lalu, dipercayai sebagai cara menyelesaikan masalah peribadi antara dia dengan suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suami mangsa yang berusia lingkungan 50 tahun hanya mampu melihat isteri yang baru dikahwininya tiga bulan lalu diperkosa malah mengambil tindakan pulang ke rumah dengan membiarkan isterinya menjadi mangsa pemuas nafsu suspek.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan meminta bantuan seorang lelaki yang juga rakan suaminya menghantar dia ke Felda Sungai Kelamah menggunakan motosikal.

Mangsa yang tinggal di Alor Gajah, Melaka dikatakan terpaksa meminta bantuan lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu kerana mahu berjumpa suaminya yang tinggal bersama isteri tua.

Sebaik tiba di rumah, suami mangsa meminta rakannya itu menghantar isterinya ke satu kawasan di Felda terbabit kononnya untuk membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah peribadi antara mereka sementara dia mengekori dari belakang menggunakan motosikal.

Setiba di tempat kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke dalam kebun getah sebelum memperkosa wanita itu di depan suaminya.

Suami mangsa tidak berani bertindak kerana takut diserang malah berpatah balik ke rumahnya.

Mangsa yang kemudiannya dihantar pulang oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Gemas berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Menurutnya, polis belum membuat tangkapan manakala motif sebenar kejadian itu masih disiasat.

This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s