Lepas Yuran Tandas, Yuran tuala wanita pula


KOSMO: SUNGAI BULOH-Kalau di Johor, yuran tandas dikenakan, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di sini pula mengenakan caj tuala wanita.

Percaya atau tidak, bayaran sebanyak RM26 setahun itu dikenakan dan ia termasuk di dalam caj keseluruhan yang berjumlah RM112.50 bagi setiap pelajar perempuan yang mendaftar bagi tingkatan satu.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan kehairanan, caj tuala wanita itu tidak disenaraikan dalam senarai pakej yang diberikan kepada ibu bapa sebelum itu.

Malah resit yuran tuala wanita itu juga diberi secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan yuran sekolah.

Seorang suri rumah, Rahimah Abnu Hajar, 37, berkata, bayaran itu hanya disedarinya ketika diminta oleh guru di sekolah terbabit ketika membuat bayaran pada hari pendaftaran anak keduanya di sekolah berkenaan, kelmarin.

“Saya berasa pelik apabila cikgu kata RM26 itu untuk tuala wanita sedangkan keperluan itu sememangnya disediakan oleh ibu atau pelajar sendiri.

“Saya tanya pula, tak akan selama setahun duit itu akan diguna untuk tuala wanita pelajar? Dia (guru) terdiam tidak tahu alasan apa yang patut diberi lagi,”katanya ketika ditemui KOSMO! di rumahnya di sini semalam.

Selain tuala wanita, Rahimah juga hairan dengan beberapa butiran yang terdapat pada senarai yuran yang diberi kepada untuk ibu bapa.

“Kami (ibu bapa) hanya tahu dalam senarai itu ada pakej A, B, atau C, tapi apa butiran dalam pakej itu kami tidak tahu dan sesetengah ibu bapa membayar tanpa banyak soal kerana malas memikirkannya, “katanya.

Tidak mahu terus terkeliru, Rahimah akan membawa masalah itu ke mesyuarat PIBG tidak lama lagi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai caj tambahan yang dikenakan.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

One Response to Lepas Yuran Tandas, Yuran tuala wanita pula

  1. Affuan says:

    26 hinggit darab dengan 400 pelajar tingkatan 1 yang baru masuk. 10 ribu tu.. nak bagi2 kan antara cikgu kot. bwaahaha.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s