Siti janji kekal bertudung


Baguslah kalau ada azam gitu…ingat! itu janji pada Allah bukan pada peminat. Janji yang baik pasti akan dapat rahmat dari Allah. Bagi peminat-peminat Siti yang belum pakai tudung diluar sana, contohilah tindakan bijak beliau. Yang baik kita ikut, yang buruk tu tinggalkanlah.

Kepada Siti..ingat-ingatlah, Sekarang dah jadi Datin Seri, Hajjah pulak tu, pandai-pandailah jaga aurat betul-betul lepas nie. Teruskan beristiqamah dengan tudung tu, jangan gunakannya untuk cari glamour pula….

 

 

KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Chef Wan di Restoran Tarbush, Starhill, Bukit Bintang di sini, malam tadi.

Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember.

Penyanyi nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.

“Insya-Allah buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.

Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita.

Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.

“Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .

Begitupun Siti tidak menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.

“Rasanya inilah penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.

Baginya, dia perlu mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan.

Kata Siti lagi, suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan menyokongnya.

Bercerita lanjut mengenai ibadat dilakukan, kata Siti, dia benar-benar bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji.

“Saya bersyukur kerana impian dan doa saya dimak- bulkan. Sudah lama saya menyimpan impian dan akhirnya terlaksana.

“Pemergian saya menunaikan ibadat haji lebih manis kerana ditemani ibu tersayang, suami dan abang saya, Ayie,”katanya

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s