KOSMO: Beli minyak masak kena tunjuk IC


ORANG ramai terpaksa menunjukkan kad pengenalan sebelum dapat membeli minyak masak di Pasar Raya Pantai Timur, Rantau Panjang semalam.


ELAK SELUDUP. Jika kerajaan mencatu pembelian minyak masak sebanyak lima kilogram seorang, di Rantau Panjang pula ada sebuah pasar raya mengetatkan lagi kawalan dengan meletak syarat pembeli menunjukkan kad pengenalan.

Senario yang berlaku di Pasar Raya Pantai Timur sejak 5 Januari lalu itu dilakukan selepas sambutan Aidiladha lalu bagi membendung penyeludupan bekalan ke Thailand.

Pengurus Jualannya, Lew Hock Su berkata, walaupun kena tunjuk kad pengenalan, mereka masih menjual pada had catuan lima kilogram seorang manakala pembeli negara jiran hanya sekilogram.

Katanya, tapisan itu perlu dibuat memandangkan hampir 80 peratus pelanggannya adalah penduduk negara jiran.

Mereka membeli di Rantau Panjang kerana harga sekilogram minyak masak cuma RM2.50 berbanding RM5.80 di negara sendiri.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s