Profesor buta dilantik sebagai ahli Dewan Negara


Dr Ismail lakar sejarah OKU pertama dilantik anggota Dewan Negara

KUALA LUMPUR 18 Dis — Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh hari ini melakar sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai anggota Dewan Negara yang pertama daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini.

Beliau bersama naib pengerusi penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Melaka, Shamsudin Mehat dan bekas anggota DUN Pending, Sarawak, Datuk Sim Kheng Hui mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh pada satu upacara ringkas di Dewan Negara di sini.

Ismail mengangkat sumpah menggunakan braille.

Ismail, 60, yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata, pelantikannya jelas membuktikan komitmen kerajaan terhadap OKU.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan terima kasih juga atas sokongan penuh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) yang mencalonkan nama saya untuk jawatan ini,” katanya.

Dilahirkan pada 2 Sept 1947 di Pasir Mas, Kelantan, Ismail memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Sains Ekonomi di Illinois Universiti pada 1974 dan pada 1977 memperoleh Ijazah Kedoktoran (Phd) daripada universi yang sama.

Menceritakan saat mula mengetahui beliau akan dicalon untuk menjadi Senator, Ismail berkata, sukar bagi beliau menyatakan perasaannya, yang pasti usaha selama ini berbaloi sebaik menerima surat pelantikan rasmi sebagai anggota Dewan Negara Jumaat lepas.

Beliau berkata, antara agenda yang akan diperjuangkan ialah pembelaan untuk wanita OKU terutama mereka yang terencat akal memandangkan golongan itu masih memerlukan banyak sokongan dan bantuan dari segi pendidikan serta memastikan mereka tidak lagi didiskriminasi.

Ismail berkata, beliau bercadang mengadakan satu kongres yang mengumpulkan semua OKU dalam tempoh terdekat bagi mengenal pasti isu utama yang masih melanda golongan itu dan mencari jalan mengatasinya.

Bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twitech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech tidak menghalangnya untuk terus memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur OKU yang pada pendapatnya masih jauh ketinggalan berbanding negara lain di dunia.

Ismai berkata, walaupun pelantikan beliau lebih kepada untuk mewakili OKU, beliau tetap akan menyumbang kepakaran yang dimiliki dalam bidang lain seperti ekonomi.- Bernama

This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s