Tindakan penganggur Melayu jual babi hutan


Oleh Mohd Sabri Said

KUALA MUDA, KEDAH, 3 Dis(Hrkh) – Baru-baru ini berlaku peristiwa mengemparkan orang ramai yang berada di Pendaratan ikan Kuala Sungai Muda, Kedah apabila seorang penganggur, Sabri Othman dari Kampung Sintuk Bugis bertindak luar dugaan menjual seekor ‘babi hutan’ seberat 10 kilogram kepada seorang peniaga ikan berbangsa Cina dengan harga RM35.00.

Tindakan tersebut dianggap memecah tradisi pendaratan ikan yang dikenali dengan “pasar bisik’ di kalangan penduduk sejak dulu sehingga sekarang,

Penduduk berpendapatan, perbuatan berkenaan memalukan masyarakat Islam sendiri kerana babi hutan haram di makan atau diperdagangkan di sisi Islam apatah lagi pendapatan itu digunakan untuk menampung keluarga.

Menurut cerita itu, babi hutan memasuki reban ayamnya pada waktu malam lantas diikat dan dimasukkan ke dalam sarung plastik untuk dijual pada keesokannya.

Peniaga Cina itu sendiri dikatakan terkejut dengan kejadian pada pukul 10.00 pagi dua hari lalu dan cepat-cepat membelinya kemudian meletakkan jauh daripada orang ramai yang berpusu-pusu datang membeli ikan.

Seorang pembeli ikan, Baharom Jaafar 52 berkata, itulah gaya hidup orang Islam yang jahil terhadapagama sendiri sanggup menjual apa sahaja asalkan boleh pendapatan.

Walhal, hukumnya tetap haram dan memalukan kerana mencemarkan maruah Islam. “Itulah kejahilan umat Islam masa kini mereka sanggup menjual apa sahaja asalkan boleh duit, ” ujarnya yang berasal dari Kepala Batas, Seberang Perai.

Seorang lagi pengunjung tetap pasar bisik itu, Puan Rozita Osman 37 dari Tikam Batu, Sungai Petani menambah, kejadian itu patut dijadikan pengajaran terutamanya golongan yang bergelar ‘Ustaz’ kerana masih ramai tidak memahami hukum hakam Islam atau mempermudahkan hukum mengikut hawa nafsu mereka.

“Saya sendiri terkejut melihat kejadian yang tidak sangka-sangka kerana bimbang akibat kejahilan itu wujud mala petaka baru dari Allah s.w.t, ” kata beliau yang bertugas sebagai guru

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s