Hanya bermodal RM100, kini bakal jutawan


S.B. Afeid Buang dan Zarina Hashim (dua dari kiri) memberi kata perangsang kepada kakitangan dan rakan niaga kumpulan.


KELIHATAN logo besar syarikat jualan langsung terkemuka negara, CNI terpampang di atas pasar raya Sakan, Jasin, Melaka yang dimiliki oleh sepasang suami isteri, S.B. Afeid Buang dan Zarina Hashim.

Afeid bertindak sebagai Pengurus Agensi Jualan CNI berkata, beliau langsung tidak memahami, jauh sekali meminati perniagaan jualan langsung.

‘‘Namun apabila orang mengenalkan diri pada saya mengenai CNI, hati saya berdetik, apa benda perniagaan ini tetapi lihat saya hari ini, saya bakal bergelar jutawan CNI,’’ katanya.

Beliau memberitahu, sebelum menyertai CNI kira-kira tahun 1999 lalu, dia merupakan ahli perniagaan yang mempunyai lapan syarikat.

‘‘Namun apabila kegawatan ekonomi, serta tidak mampu meneruskan perniagaan kerana menanggung hutang terlalu banyak, saya sekeluarga terpaksa bersembunyi di dalam rumah akibat diburu penarik kereta dan pihak bank,” katanya.

Dalam nada sebak, Afeid mengaku kehidupan ketika itu terlalu sukar dan hanya berbekalkan modal RM100, beliau menyertai CNI.

‘‘Lima bulan selepas itu setelah mengharungi pelbagai kesusahan termasuk terpaksa menyara keluarga dengan hanya makan biskut, roti bercicahkan air suam selain tidur di dalam kereta di tepi jalan, saya mendapat bonus RM1,700.

‘‘Tiga tahun berikutnya, saya mendapat bonus terkumpul sebanyak RM8,300 dan kini saya hanya satu tapak bakal menjadi jutawan CNI.

‘‘Untuk itu, saya membelanjakan kira-kira RM100,000 untuk membuka pejabat jualan dalam usaha merealisasikan impian ini,” katanya.

Menurut Afeid, sepanjang lapan tahun penglibatannya dalam CNI, banyak kelebihan yang diperoleh antaranya melancong dalam negeri dan luar negara, membeli kereta mewah, pakej umrah suami isteri serta menikmati pendapatan yang mencecah lima angka.

Beliau yang kini mencapai usia 41 tahun dan sasarannya hanya satu meraih gelaran jutawan biarpun nampak mustahil, kegagalan serta kesusahan hidupnya yang lalu telah mengajar dirinya untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Profil

Nama: S.B. AFEID BUANG

Alamat: JB 2325-1A, Bandar Baru Jasin 3, 77000 Jasin, Melaka.

Tel: 06-5296692/016-6476937

This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s