Tingkatkan IESQ anak-anak anda


Ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi pada 09 Nov 2007 | Keibubapaan

Kebelakangan ini anak-anak dan remaja semakin berani melakukan perkara-perkara yang tidak terfikir oleh kita. Ada anak ditikam hanya disebabkan seekor ayam belanda. Ada yang mati setelah bergaduh atas perkara yang kecil.

Malah kes juvana dikalangan remaja turut meningkat. Kes-kes seperti Lumba haram, penagihan dadah, bohsia, hedonism, lari dari rumah, seks bebas, dan banyak lagi telah. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu untuk berada di sisi anak-anak sepanjang masa. Kita hanya mampu menasihat, menegur dan memantau selebihnya adalah bergantung kepada kemampuan anak-anak membuat pertimbangan mereka sendiri.Anak-anak perlu bijak membuat keputusan agar tidak terpengaruh dengan ajakan atau pergaulan yang boleh merosakkan masa depan mereka sendiri. Mereka perlu tahu batas-batas kenakalan mereka agar tidak sehingga membawa kepada perkara-perkara yang menyalahi peraturan, norma kehidupan dan undang-undang. Anak-anak juga perlu ada kemahiran untuk mengesan hadirnya satu bentuk ancaman atau unsur kejahatan ke atas diri mereka. Apabila mereka memiliki kebolehan ini maka mereka boleh mengambil langkah berkesan untuk mengelak daripada terperangkap dalam situasi yang membahayakan diri mereka. Sekiranya anak-anak mempunyai IESQ yang tinggi maka sebahagian daripada masalah yang kita dengar hari ini mampu dielakkan oleh mereka. Oleh itu adalah penting ibu bapa dan guru-guru berusaha meningkatkan IESQ anak-anak agar mereka mampu menjadi anak-anak yang selamat daripada pelbagai bentuk ancaman yang ada. IESQ adalah singkatan kepada Intellectual-Emotional-Spiritual-Quotient. Ia berkaitan dengan tiga perkara penting yang perlu diasuh, dikembangkan dan ditajamkan dalam diri anak-anak iaitu kecerdasan intelek, emosi dan rohani. Menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Langkah pertama melahirkan anak-anak yang tinggi IESQ ialah mulakan dengan diri kita sendiri. Ibu bapa dan para guru secara langsung atau tidak langsung menjadi contoh kepada anak-anak. Anak-anak lebih cenderung mencontohi apa yang mereka nampak dan bukannya apa yang mereka dengar. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki akhlak, peribadi dan tingkahlaku yang menjadi contoh kepada sahabat dan musuh. Akhlak, peribadi dan tingkahlaku ini membentuk kredibiliti. Kredibiliti membuatkan mereka yang ada disekeliling kita menghormati dan mempercayai kita. Ibu bapa dan guru-guru yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan mampu membentuk anak-anak yang mempunyai IESQ yang hebat. Ajar anak-anak konsep tauhid dan ketuhanan seawal mungkin. Anak-anak bukan sahaja perlu diajar tentang cara mengerjakan solat, membaca al-quran, fardhu ‘ain dan sebagainya sahaja. Sebaliknya mereka perlu difahamkan tentang konsep tauhid seawal mungkin. Mereka perlu tahu dan yakin bahawa semua yang ada ini dicipta oleh Tuhan Yang Satu dan hanya kepadaNya sahajalah kita patu beribadah. Anak-anak yang memahami konsep takwa takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang meski pun tiada sesiapa mungkin yang akan mengetahui perbuatannya. Semuanya ini kerana keyakinan dan kepercayaan yang telah ditanam dalam diri mereka bahawa semua yang dilakukan akan dibalas dan hidup sentiasa diperhatikan oleh Tuhan. Semua ini akan menjadi benteng diri yang mampu membantu anak-anak berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup. Lahirkan generasi yang membudayakan ilmu. Anak-anak yang pintar dan bijak hanya lahir daripada generasi yang membudayakan ilmu. Ibu bapa perlu jadikan budaya membaca sebagai salah satu amalan harian mereka. Galakkan anak-anak membaca pelbagai bentuk bahan bacaan. Dedahkan mereka dengan cabang pengetahuan yang pelbagai seperti buku-buku yang membina minat dalam bidang sains dan teknologi, buku-buku cerita yang membina akhlak dan peribadi, kisah-kisah perjuangan, buku-buku mempunyai unsur motivasi, dan banyak lagi. Kurangkan bahan-bahan picisan yang berbentuk hiburan, tahyul, lucah dan sebagainya. Dedahkan juga anak-anak dengan pelbagai isu semasa dan bincangkan dengan mereka tentang isu-isu tersebut dan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan atau diatasi. Bawa anak-anak ke perpustakaan, kedai buku dan pesta buku. Sediakan ruang membaca dan perpustakaan mini di rumah. Serlahkah kehebatan dan keunikan dalam diri anak. Setiap anak itu unik dan mempunyai kehebatannya sendiri. Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan diri anak-anak dan dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti sosial dan ko-kurikulum. Lebih banyak pendedahan yang dilakukan maka lebih bagus sebab disitu nanti anak-anak menyedari kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu bidang. Semua orang perlukan pengiktirafan dalam hidup ini dan anak kita juga tidak terkecuali. Apabila anak-anak menerima pengiktirafan terhadap penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti maka mereka lihat diri mereka berharga dan ini meningkatkan tahap IESQ mereka. Nicol Ann David dan Shalin Zulkifli adalah antara mereka yang telah dikesan bakat sukannya oleh kedua ibu bapa mereka sejak dari usia kecil. Kesannya, lihatlah pencapaian mereka hari ini. Suburkan kebaikan anak-anak. Ibu bapa begitu cepat menegur kesilapan anak tetapi lupa menyuburkan kebaikan yang anak-anak mereka lakukan. Apabila anak-anak melakukan sesuatu yang baik, ibu bapa menganggap itulah yang sepatutnya anak-anak mereka lakukan dan tiada apa yang perlu diberikan sebagai balasan. Sebaliknya apabila anak-anak melakukan perkara yang buruk, ibu bapa segera menegur, memarahi, menyindir dan menasihati. Anak-anak perlu diberitahu apa yang salah telah mereka lakukan dan apa pula yang betul. Kalau setiap yang salah kita berikan teguran maka setiap perkara yang betul kita perlu berikan pujian. Puji-pujian menunjukkan yang kita peka dan prihatin terhadap perlakuan dan perkembangan anak-anak dan ini akan menyuburkan kebaikan. Wujudkan sikap berkasih sayang sesama insan dan makhluk tuhan. Sikap berkasih sayang ini perlu dipupuk dalam diri anak-anak. Dalam keadaan Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa ini sikap berkasih sayang itu mestilah tanpa mengira bangsa dan agama. Anak-anak perlu diajar bahawa setiap insan itu sama meski pun berbeza warna kulit dan rupa. Jangan sesekali memupuk rasa permusuhan dan kebencian. Integriti kaun perlu dipupuk dari awal. Malah sifat kasih sayang ini juga perlu ada terhadap hidupan yang lain. Ajar dalam diri anak-anak kita bahawa setiap nyawa itu berharga dan setiap hidupan itu juga punya perasaan. Sifat ini menjana IESQ anak-anak dan membuatkan mereka cenderung melakukan kebaikan dalam apa jua keadaan. Tanam sikap hargai harta benda. Anak-anak perlu ditanam dengan sikap sayangkan harta benda sama ada harta benda sendiri atau harta benda awam. Nyatakan pada mereka bahawa harta benda itu adalah salah satu nikmat yang Tuhan berikan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Tunjukkan kepada anak-anak betapa susahnya hidup ini kalau sampah dibuang merata-rata hingga membawa kepada banjir kilat, telefon awam dirosakkan hingga menyukarkan orang lain membuat panggilan kecemasan, tandas dikotorkan hingga menyulitkan kita menggunakannya, dinding-dinding diconteng hinga menyakitkan pandangan mata dan sebagainya. Apabila ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan ini dan tidak mengambil mudah maka generasi yang tinggi IESQnya boleh dilahirkan. Asuh anak-anak dengan adab. Orang timur kalau tanpa adab itu biadab namanya. Adab-adab perlu diasuh dalam diri anak-anak seawal mungkin. Anak-anak yang beradap adalah anak-anak yang halus jiwanya dan prihatin terhadap persekitaran dan perasaan orang lain. Adab-adap seperti adab makan, adab bertandang, adab dengan orang tua, adab dalam menuntut ilmu dan sebagainya mesti diajarkan. Lihatlah hari ini apabila ibu bapa bertandang ke rumah kenalan, anak-anak dibiarkan begitu sahaja dan bebas berlari dan melompat. Ada kalanya hingga merosakkan barangan tuan rumah. Ibu bapa ini secara tidak langsung merestui tindak tanduk anak-anak mereka dan jangan hairan apabila anak-anak ini dewasa nanti mereka lakukan pelbagai perkara tanpa mengendahkan teguran dan nasihat kita. Oleh itu marilah kita lahirkan semula generasi yang beradab kerana adab akan membentuk IESQ yang tinggi dalam diri anak-anak. Idea & Tulisan Oleh : Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd

This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s