Hati-hati ambil makanan ketika puasa


Oleh MERAN ABU BAKAR

BAGI sesetengah orang, mereka akan mengalami beberapa masalah kesihatan sepanjang menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadan ini.

Menurut Pakar Pemakanan dan Nutrisi, Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. dan Pusat Perubatan Kg. Baru, Sarah Sabreina Mohd. Sabidi, masalah kesihatan yang berlaku semasa berpuasa kebanyakan berpunca daripada pengambilan makanan.

Katanya, makanan yang diambil semasa bulan Ramadan sepatutnya tidak banyak berbeza daripada pengambilan makanan semasa tidak berpuasa dan jika perlu, seringkas mungkin.

Makanan yang diambil seharusnya dapat mengekalkan berat badan yang normal. Walau bagaimanapun, Ramadan adalah masa yang terbaik untuk membantu menurunkan berat badan.

Masalah pemakanan boleh berlaku disebabkan kesan pengambilan makanan yang berlebihan dan kekurangan tidur.

Antara masalah kesihatan yang dialami ketika berpuasa seperti sembelit, ketidakhadaman, angin, kejang otot, gasterik dan sebagainya.

Masalah Sembelit

Sembelit boleh menyebabkan buasir, masalah dubur dan masalah penghadaman yang boleh menyebabkan rasa kembung perut. Ini berlaku kerana:

– Terlalu banyak karbohidrat ringkas.

– Terlalu sedikit minum air.

– Tidak cukup serat dalam pengambilan makanan.

Bagi mengatasinya:

– Elakkan daripada mengambil terlalu banyak makanan manis.

– Tingkatkan pengambilan air pada waktu malam.

– Tingkatkan pengambilan serat di dalam makanan.

Masalah Ketidakhadaman dan Angin

Gejala ini akan dapat dirasai jika makan berlebihan, mengambil terlalu banyak makanan bergoreng dan berlemak, makanan pedas dan makanan yang boleh menyebabkan angin seperti telur, kobis, kekacang, minuman soda atau cola.

Bagi mengatasinya:

– Elakkan makan secara berlebihan.

– Minum jus buah atau air kosong.

– Elakkan makanan berlemak.

– Elakkan makanan yang menyebabkan angin.

Masalah Pening Kepala

Pening kepala akan dirasai jika mengambil kafein yang berlebihan, tidak cukup tidur atau rehat, kelaparan dan tekanan darah rendah.

Bagi mengatasinya:

– Kurangkan pengambilan kafein.

– Pilih minuman yang decafeinated.

– Atur masa tidur yang sesuai.

Masalah Penurunan Paras Gula

Simptomnya, letih, pening, tiada konsentrasi, menggeletar, palpitasi, tidak larat untuk membuat kerja-kerja ringan.

Ini berlaku disebabkan makan terlalu banyak gula ringkas terutama semasa sahur, jadi badan akan menghasilkan insulin berlebihan yang boleh menyebabkan gula di dalam darah menurun mendadak.

Bagi mengatasinya:

– Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang kaya karbohidrat ringkas semasa sahur.

Masalah Kejang Otot

Ia berpunca daripada pengambilan kalsium, magnesium dan potasium yang kurang di dalam makanan.

Bagi mengatasinya:

lMakan makanan yang kaya dengan mineral di atas seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu, daging dan kurma.

Masalah Gastritis, Peptik Ulser, Pedih Ulu hati dan Hiatus Hernia

Peningkatan paras asid semasa perut kosong akan memburukkan keadaan. Perut terasa pedih dan boleh sampai ke tekak.

Bagi mengatasinya:

– Elakkan makanan yang pedas, kopi dan minuman bergas. Ubat yang disarankan oleh doktor boleh mengawal paras asid di dalam perut.

Masalah Batu Karang

Batu karang boleh terjadi kerana kurang pengambilan air.

Bagi mengatasinya, minum air secukupnya.

Masalah Sakit Sendi

Ia akan dirasai jika melakukan aktiviti yang lebih daripada hari-hari biasa terutama semasa melakukan solat tarawih.

Bagi mengatasinya:

– Kurangkan berat badan.

– Senaman kaki yang sesuai.

Masalah Diabetes:

lJadikan makanan semasa bersahur sebagai makanan utama dalam sehari.

– Pilih makanan berkarbohidrat ringkas seperti beras perang, mi, roti gandum penuh, bijirin penuh dan lain-lain.

– Jangan tinggalkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

– Semasa berbuka, hadkan pengambilan makanan manis.

– Jauhi atau kurangkan makanan yang manis dan ‘refined’.

This entry was posted in Kesihatan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s