Kalimah ‘Allah’ tiba-tiba muncul di lantai surau


KULIM: Surau An Najihin di Taman Tiram, Lunas, dekat sini, kini menjadi tumpuan orang ramai dan penduduk sekitar untuk menyaksikan tertimbulnya tulisan jawi yang membentuk kalimah “Allah” di beberapa tapak jubin lantai anjung hadapan surau itu sejak pagi Isnin lepas.

Menurut penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, kejadian aneh dan pelik bermula apabila berpuluh-puluh keping jubin retak dan lekang dari lantai selepas solat subuh dan kemudiannya timbul kalimah “Allah” di lantai.

Kelihatan bekas tapak lantai jubin yang lekang di ruang anjung surau An-Najihin berbentuk kalimah “Allah”. (foto Bernama)

Seorang lagi penduduk Abdul Rahman Ahmad,48, berkata beliau adalah antara anggota jemaah yang menyedari kejadian itu dan pada mulanya beliau beranggapan jubin itu pecah kerana telah reput.

“Saya pun cuba menyelak beberapa jubin tersebut berada dalam kedaan baik dan tidak rosak,” kata Abdul Rahman seorang kakitangan Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai, di Kepala Batas.

Pengerusi surau berkenaan Omar Zakaria, 63, memberitahu surau tersebut telah dibina sejak 1999 lalu dan pada mula beliau beranggapan kejadian jubin lekang dari lantai simen kerana pembinaannya telah hampir lapan tahun.

“Tetapi selepas beberapa orang anggota jemaah yang masih belum pulang cuba menyelak-nyelak dan memeriksa jubin-jubin berkenaan mereka mendapati kejadian pelik apabila menjumpai tulisan berupa huruf jawi yang membentuk kalimah ‘Allah’ di beberapa tapak jubin berkenaan”, kata beliau ketika temui di rumahnya di sini.

Beliau berkata jawatankuasa surau itu bagaimanapun mahu menutup semula lantai berkenaan bagi menampung jemaah semasa solat Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan.

Katanya beliau akan mendapatkan nasihat Jabatan Agama Islam Daerah Kulim mengenai tulisan yang membentuk kalimah itu sebelum kerja-kerja pemasangan semula jubin dijalankan.

Tinjauan Bernama mendapati bangunan surau An Najihin itu telah menarik berpuluh-puluh orang untuk melihat sendiri kejadian berkenaan. BERNAMA

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s