Virus HA5.5 punca perang saudara peniaga dan pengguna


Kenaikan harga ayam mencecah sehingga RM6.50 – RM7.50 sekilogram telah menjadi isu hangat yang memecahkan kedamaian ambang Ramadan tahun ini. kenaikan ini berpunca dari Virus HA5.5 (Harga Ayam 5.50) iaitu nilai terkini harga borong ayam dipasaran yang dijadikan modal hujah dipihak peniaga-peniaga ayam.

Sebelum ini Kerajaan telah menetapkan bahawa harga syiling sekilogram ayam adalah RM5.60. Memang tidak logik, peniaga beli ayam dari pembekal dengan harga RM5.50 dan kena jual ikut harga syiling RM5.60. Kalau peniaga ini menjual 1000 ekor ayam sehari, untung kasar mereka adalah RM100. Untung kasar ini belum ditolak lagi dengan kos-kos lain.

Berikutan virus HA5.5 pihak peniaga-peniaga memulakan kempen perang harga dan menuntut kenaikan bagi memastikan mereka memperolehi keuntungan yang mencukupi untuk menampung pelbagai kos yang terpaksa ditanggung mereka termasuklah kos sewa tapak niaga, cukai kerajaan dan bayaran lesen perniagaan.

Keadaan ini telah menyebabkan pihak pengguna menyerang balas peniaga-peniaga ayam ini dan menyelar tindakan mereka sebagai tidak berperikemanusiaan kerana menaikkan harga sesuka hati.

Dalam kemelut perang saudara ini, ada satu badut yang cuba berlakon untuk menjadi orang tengah dan mengunakan kuasa mereka untuk memenangi undi majoriti rakyat negara ini dan cuba mendapatkan undi popular dengan mengadakan dialog olok-olok dengan peniaga ayam.

Dimaklumkan bahawa keputusan rundingan ini akan diketahui esok hari. Maka, esok adalah hari penentu kepada nilai sebenar ayam kita. Apa jua keputusannya, badut ini tidak akan rugi. Yang rugi adalah pengguna atau peniaga. Kenapa? sebab mereka makan ayam free setiap hari dengan gunakan duit rakyat dan mereka dapat duit lagi melalui cukai dan pengeluaraan lesen yang banyak kepada peniaga ayam ini setiap tahun.

Paling membenggangkan kepala, merekalah punca kepada virus HA5.5 ini. Lantaran ketamakan mereka menaikan harga minyak seluruh negara pada 28 Februari 2006 kepada 30 sen, seluruh negara menjadi huru-hara. Para peniaga terpaksa menanggung kos pengangkutan dan pengeluaran produk pengguna yang tinggi. Purata kenaikan ini juga telah menyebabkan rakyat memprotes, tetapi badut-badut ini hanya tersenyum beruk sambil mengarahkan beruang-beruang merah mereka menghambat sesiapa sahaja yang bangkit memprotes.

Semalam mereka mencadangkan pula untuk menghapuskan subsidi diesel yang kononnya disalahgunakan oleh peniaga untuk eksport minyak secara haram ke negara jiran. Kalau ini berlaku, harga ayam dan semua barang akan naik mencanak-canak lagi.

Terbaru, mereka mengugut untuk menyaman para peniaga yang menaikkan harga ayam melebihi harga syiling RM5.60. Dalam masa yang sama mereka menghasut para pengguna untuk mengalihkan tumpuan sumber makanan mereka kepada produk ikan (daging tak boleh sebab, baru jer naik harga).

Paling kelakar, mereka suruh pengguna berjimat cermat tapi dalam masa yang sama mereka bazirkan duit cukai rakyat dengan mengadakan majlis buka puasa dan sambutan aidilfitri besar-besaran disemua Kementerian untuk kenyangkan beberapa anak yatim dan ribuan kroni mereaka. Tidak cukup dengan itu, mereka songlap duit rakyat dengan tandatangani kontrak Kerajaan yang melebihi nilai yang sepatutnya, beli buku teknikal sampai RM1o ribu padahal harga pasaran tak sampai RM 500.

Sekarang ni, mereka bodek Persatuan-persatuan pengguna supaya menyeru pengguna memboikot ayam dan memakan ikan dan sayuran sebagai alternatif.

Masalahnya, orang Malaysia dah ketagih ayam sejak dari dulu lagi. Jadi sukarlah cadangan ini dilakukan sepenuhnya. Peniaga-peniaga pun dah ada yang tutup kedai. Seandainya wabak ini berterusan maka, anak cucu kita kelak pasti akan kempunan nak makan ayam. Nampaknya kita terpaksalah makan telur je la….

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s